Pertama Kali Mencuba Golf

Seharian berjalan tanpa arah tujuan, bermula dengan berpusing dari satu bank ke satu bank untuk menyelesaikan utiliti persendirian..Kebiasaannya berhenti berminum/makan atau ke tempat kerja tapi hari ini agak berbeza..Ini kerana lokasi yang dituju adalah KRUKM, Driving Range UKM..Rakan aku dengan rutin dia, sekali disuruhnya aku mencuba..

Serius sebelum ini tak pernah dalam hidup menghayun kayu golf seperti hari ini..Kira hari ini dalam sejarah..

Aku rasa bermula dengan kayu PITCH, tak berapa pasti nama batang golf itu, tapi jenamanya macam Callaway, rasanya..

Pada awal diajarnya cara memegang, itu dia, pegang kayu golf pun tak aku tahu..Sekarang baru tahu macam mana nak dipegang..Selepas itu, disuruh untuk cuba menghayun, hayun tanpa bola lah apa lagi..

HAYUN..HAYUN...Jangan tengok bola pergi mana..Tangan kanan tolak..Bawah sikit..Setting dulu...Kau tengok bola tu...Ini antara nasihat yang diikuti..Bukan senang nak main golf..

Ini kira power lah:


Hah, itu dia..tapi itu guna DRIVER..aku PITCH pun tak betul..Kalau ada rakan-rakan yang belum mencuba..Cubalah..Tapi jaga-jaga, gian nak lagi akan datang...hehehe...

Bersukan Untuk Kesihatan, Sihat Untuk Beribadat, Beribadat kerana Allah..Insya-Allah

1 comment:

  1. Wow, this paragraph is pleasant, my sister is analyzing these things, therefore I am going to tell her.


    My web-site; シチズン 时针

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)