Showing posts with label felda global. Show all posts
Showing posts with label felda global. Show all posts

Penurunan kepada 4.850 Saham Felda (FGVH)


Hasil daripada pemerhatian terhadap saham FGVH di Bursa Saham Kuala Lumpur mendapati saham tersebut mengalami penurunan berterusan. Sepanjang pemantauan, didapati saham FGVH berada pada tahap 5.00 sepanjang negara menyambut perayaan Aidilfitri.

Namun begitu, dalam minggu ini penurunan kian dilihat dari semasa ke semasa. Ini jelas dapat dilihat semalam, selepas saham mengalami penurunan sebanyak -0.150. Takat ini merupakan penurunan terbesar pernah berlaku.

Selain itu, pengumuman dividen sebanyak 5.5 sen sesaham memberikan nafas kewangan kepada pemegang saham terutama yang terdiri daripada peneroka Felda.

Tidak ketinggalan juga, terdapat pelbagai spekulasi berkaitan penurunan saham Felda.

Teleskop Saham Felda Global Ventures Holding

Insya-Allah saya akan mengemaskini perkembangan saham FGV di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Dengan adanya Teleskop ini, kita dapat melihat naik turun saham yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia, terutamanya warga Felda.
30 Jul 2012 05:16PM - 5.150 (-)
27 Jul 2012 05:15PM - 5.150 (-0.040)
26 Jul 2012 05:15PM - 5.190 (-0.060)


25 Jul 2012 05:15PM - 5.250 (-0.050)


24 Jul 2012 05:15PM - 5.300 (-)
Hari ini saham mencapai tahap minimum di 5.270. Namun kembali naik sebelum pasaran ditutup.