Maharaja Lawak Minggu 5










Selamat Menonton

Detective Conan Episode 610 English Sub

Ruang untuk peminat-peminat anime Detective Conan

Selamat Menonton

Zizan Show - Episod 1



Selamat Menonton

Maharaja Lawak : Minggu 4

Amir


Jozan


Man


Sepah


Alex


Nabil


Balas


Jambu

Masa Makin Suntuk Untuk Blog

minggu ni agak sibuk bergerak ke sana sini

sampai blog pun tak sempat nak tengok

dari bangi ke kajang

dari bangi ke rawang

dari bangi ke shah alam

dari bangi ke kuala selangor

dari bangi ke gombak

dari bangi ke tanjung malim

mencari rezeki untuk diri & keluarga

amatlah berterima kasih bagi mereka yang datang menjenguk

gembira rasanya...

lama-lama kembali menjadi diari la blog ini,,,

insya-Allah,,,

Mudah Keluar Duit KWSP

Pencarum tidak perlu isi borang hanya bawa MyKad dan buku akaun bank

KUALA LUMPUR: Mulai sekarang, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mahu mengeluarkan simpanan mereka pada umur 50 dan 55 tahun serta yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta boleh melakukannya secara mudah dengan hanya membawa kad pengenalan dan buku bank ke agensi itu.

Tanpa perlu mengisi sebarang borang, pencarum boleh membuat pengeluaran di mana-mana kaunter KWSP dan kelulusan akan diberikan serta-merta selepas kelayakan pengeluaran disahkan.
Bagaimanapun, hanya mereka yang memiliki MyKad boleh berbuat demikian, manakala pemegang kad pengenalan polis dan tentera atau yang masih menggunakan kad pengenalan lama, perlu mengikut proses lama dengan mengisi Borang KWSP9 dan mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan akaun buku bank.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, berkata inisiatif pengeluaran mudah itu diperkenalkan bagi mempercepatkan proses permohonan pengeluaran simpanan yang sebelum ini memerlukan pencarum mengisi borang dan mengemukakan salinan dokumen berkaitan.

“Ia menunjukkan komitmen KWSP yang sentiasa berusaha mempertingkatkan tahap penyampaian perkhidmatan untuk manfaat ahli,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, dengan jumlah pencarum yang semakin meningkat, adalah penting bagi KWSP memastikan penambahbaikan sistem penyampaian melalui teknologi diteruskan.
“Ahli diberi jaminan bahawa data dan maklumat peribadi mereka dilindungi berdasarkan tahap keselamatan yang diwujudkan melalui pensijilan ISO/IEC 27001 yang diterima KWSP selepas mematuhi standard antarabangsa yang ketat untuk pengurusan keselamatan data,” katanya.

Sumber: Berita Harian (2011/04/19)

Blogger Masuk Balai Polis?

BLOGGER MASUK BALAI???


KENAPA??


MENGAPA??


BAGAIMANA??


BLOGGER KENA BERHENTI SEKARANG KE??


18 April 2011 - BANGI: dilaporkan seorang blogger masuk ke Balai Polis pada pagi dalam jam 8,,,berpakaian t-shirt hitam & seluar hitam serta berkasut coklat dan vase merah masuk dua balai polis hari ini... dilaporkan blogger tersebut dimasukkan kerana tidak tahu berhenti berblog sehingga tidak tidur dan membahayakan kesihatan,,,
blogger tersebut telah dibawa menaiki Perdana Hitam serta bersama-sama membawa Printer MultiPurpose Canon.... setelah penyiasatan dijalankan,,,sebenarnya blogger tersebut adalah technican untuk kelengkapan ICT... jangan marah ye rakan2,,,ini cerita untuk hari ini,,pengalaman hantar printer baru untuk balai polis di Bangi... blogger tersebut masih selamat,,,anda masih boleh berblog...

BLOGGER SEDANG MENGHANTAR PRINTER BARU YA,,,SO KENALAH MASUK BALAI TU...

Nasihat: Hati-hati jika anda berblog,,,elakkan isu yang membolehkan anda ditangkap...kebebasan bersuara memanglah boleh tapi ambil berat dengan isu sensitif di negara kita ya,,,

Drama Arsenal & Liverpool 1-1 di Emirates Stadium



perlawanan hujung minggu antara Arsenal v. Liverpool berlangsung di Emirates Stadium...

102 minit yang dipenuhi dengan drama..

sebelum kedua-dua pasukan menjaringkan gol,,, Liverpool kehilangan 2 pemain pertahanan iaitu Aurelio & Caragher...

pemain lagenda liverpool caragher mengalami kecederaan yang serius dan terpaksa dikeluarkan akibat perlanggaran dgn mentee nya Flanagan,,,

Arsenal menerima penalti untuk jaringan pertama,,,diselesaikan oleh Van Persie...akibat bentesan Spearing,,,,

namun begitu,,Liverpool mendapat penalti pada hujung minit masa tambahan apabila Lucas Leiva dijatuhkan oleh Eboue,,,disempurnakan oleh Dirk Kuyt...

kedua-dua pengurus tidak bersalaman,,

kesudahan Arsenal 1 - 1 Liverpool...

Mari Merungut Malaysia "Good Piece of Art"

berkongsi dengan rakan-rakan blog suatu hasil anak watan,,,

nice piece of work...

kreatif...

do look at it...



Juga mengeluarkan hasil seumpama di bawah:



SYABAS !!!...

Blackberry "Membahayakan" Anda Sekarang

masuk tamadun kini makin ramai yang menggunakan Blackberry
anda pengguna Blackberry?
guna sampai masuk dalam tandas dengan Blackberry? Ouchh...
tidakkah anda sedar??
Blackberry amat bahaya kepada anda jika anda tidak melakukan suatu tindakan SEKARANG...

Mind to click here | Tekan Sini Kenapa

Kalau anda tidak klik benda di atas, anda dalam bahaya....

Ada binatang yang akan memakan anda nanti...

Jaga-jaga wahai rakanku...



Bayangkan beruang ini muncul di belakang anda...

Jangan marah ya,,,,

Jangan risau Blackberry anda masih selamat....

Sebaliknya ada haiwan jinak bersama anda...

Anda mungkin menyimpan YUNA dalam Blackberry...

Tak Percaya? Tengok ni !!!

Hindari Rasuah, Bertaubatlah Perasuah

Firman Allah yang bermaksud:
Dan Janganlah kami memakan harta benda di antara kamu dengan cara yang batal (salah), dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (pemerintah) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian harta orang lain dengan dosa, pada hal kamu mengetahui. (al-Baqarah: 188)

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum." (Riwayat Ahmad, Termizi, Ibnu Hiban).

Jika perbuatan ini tidak dibendung segera oleh pihak-pihak berwajib, besar kemungkinan ia menjadi penyakit yang berbahaya bagi bangsa dan negara.

Ayuhlah kita sebarkan pesanan ini kepada semua. Insya-Allah.

Kad Kahwin Facebook Sampai ke Rumah



Petang ini pulang ke rumah, ternampak surat yang ditujukan kepada saya. Melihat pada bentuk semestinya kad kahwin dari rakan-rakan yang dikenali. Sekali dibuka, terkejut seketika, mula-mula ingat SPAM dari Facebook, rupa-rupanya design berasaskan design page Facebook.

Sampaikan ke kad kahwin pun sudah mendapat kesan dari Facebook. Kalau dulu kad kahwin penuh dengan kerawang, bunga-bunga dan bermacam lagi. Seperti di bawah:



Apa pun, terima kasih kepada rakan saya kerana telah mengutuskan kad kahwin ke rumah. Kepada Adibah Abu Bakar & Syazwan Saidin yang akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Mei & 4 Jun 2011, saya ucapkan tahniah dan moga bahagia dunia akhirat.

Jika anda ingin buat kad kahwin, design apa yang akan anda pilih? ala Twitter pula? ala Nuffnang?

~ Maharaja Lawak: Minggu 3

Part 1


Part 2


Part 3


Part 6


Part 7: Nabil


Part 8: Jambu


Part 9: Sepah


Part 10: Man


Part 11: Jozan


Part 12

Sumber Gua TV

Pengalaman & Tips Bonus Earning (BE) Pertama dari Nuffnang



Pertamanya, ingin saya merakamkan rasa syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t. atas nikmat kehidupan yang diberikan. Tambahan lagi, Alhamdulillah dengan izin Allah jua telah membuka hati Nuffnang untuk memberikan bonus earning (BE) yang pertama. Sekalung penghargaan juga saya tujukan pada pihak Nuffnang atas pemberian tersebut.

Sedikit informasi bagaimana saya bermula dengan Nuffnang. Blog ini mula didaftarkan pada 2011-03-26 22:05:16 bersamaan dengan 22 Rabiul Akhir 1432. Dengan pengetahuan yang cetek saya mencuba perkhidmatan yang disediakan oleh Nuffnang. Namun usaha untuk mendapatkan tips-tips untuk mendapatkan BE tidak jemu diusahakan. Pada 11 April 2011, selepas 15 hari bersama Nuffnang apabila saya buka akaun Nuffnang saya telah mendapat BE yang pertama, Alhamdulillah.

Saya difahamkan memang agak sukar untuk mendapatkan BE tersebut. Alhamdulillah saya dipermudahkan. Jadi anda rasa berminat untuk mencuba? Dalam pos ini saya cuba berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Tips Untuk Mendapatkan BE.

Terdahulu saya ingin mengucapkan terima kasih bagi blog DIARY OF AL-FAQIR ILALLAH kerana telah berkongsi tips berkaitan hal mendapatkan BE Nuffnang. Saya sekadar mengulas tips yang diberikan.

Belum daftar? Lihat: ~ Tutorial Nuffnang : Bagaimana Bermula Untuk Blogger

10 Tips Untuk Mendapatkan Bonus Earning (BE) dari Nuffnang

1. Mengisi Blog Survey & Blogger Bio Dengan Bersungguh-Sungguh
Jika kita ingin memohon kerja biasanya kita dikehendaki mengemukakan resume yang terbaik. Ini sama juga dengan mengemukakan survey yang terbaik untuk diri dan blog anda. Tidak kira anda suka atau tidak, ingin mendapatkan yang terbaik anda perlu berusaha yang terbaik.

2. Memilih Kategori Blog
Tentukan kategori blog anda kerana iklan yang akan terpapar mengikut kategori blog anda. Pengiklan akan memilih jenis-jenis kategori blog sebelum mempamerkan iklan mereka. Tidakkan pula jika blog tersebut khas untuk wanita, iklan lelaki dipaparkan. Sungguh tidak sesuai. Jadi tentukan sekarang.

3. Kandungan Blog Asli dan Kurangkan Plagiat
Pihak Nuffnang juga melihat pada keaslian blog anda. Dinasihatkan agar anda membuat artikel/kandungan sendiri. Boleh dapatkan sumber lain namun sekadar rujukan bukan Copy+Paste semata-mata. Ini penting untuk pemberian CPM.

4. Menekan Iklan Nuffnang Secara Tidak Jujur
Elakkan dari memekan iklan di blog anda dari IP Address yang sama. Biarkan tetamu blog anda yang menekannya. Anda masih boleh tekan sekadar untuk melihat iklan/promosi tersebut tidak menjadi masalah tapi berpada-pada bilangan kliknya. Ini dapat mengelakkan dari di BANNED.

5. Meletakkan Iklan Di Tempat yang Sepatutnya
Pihak Nuffnang telah menetapkan terdapat 3 jenis saiz iklan & penempatannya. Terdapat Leaderboard, Skyscrapper & Large Rectangular. Sebaiknya anda menepati piawaian asas yang telah dinyatakan. Saya telah menyediakan tutorial berkaitan hal ini. Lihat: ~ Tutorial Nuffnang : Bagaimana Bermula Untuk Blogger

6. Wujudkan Kemesraan Dengan Pihak Nuffnang
Anda boleh mengemukakan tiket dalam bentuk pertanyaan/cadangan kepada pihak Nuffnang. Serba sedikit menunjukkan minat dan sokongan anda terhadap Nuffnang.

7. Memantapkan Trafik Pengunjung Blog Anda
Sebaiknya anda mengekalkan trafik pengunjung anda sebanyak 100 unique visitor (UV) sehari. Setidaknya 20 UV untuk sehari jika sukar mencapai angka 100 dan ke atas. Aktifkan diri di komuniti-komuniti yang ramai pengunjung atau melawat blog-blog lain untuk mempromosikan blog anda.

8. Status Glitterati
Pastikan anda berstatus Glitterati. Ini menunjukkan anda penyokong setia Nuffnang dalam blog, iaitu dengan tidak memaparkan iklan dari pesaing Nuffnang. Setialah pada yang satu.

9. Permudahkan & Ringankan Blog Anda
Elakkan dari meletakkan terlalu banyak gadjet dan grafik besar. Ini boleh membuatkan blog anda lambat memaparkan isinya. Pengunjung akan merasa tertunggu-tunggu dan barangkali menyebabkan mereka bosan.

10. Kemaskini & Buat Pos Baru di Blog
Sebaiknya anda mengemaskini laman blog anda setiap hari dengan kandungan yang menarik. Ini memerlukan komitmen. Untuk berjaya, komitmen amatlah penting. Nasib seseorang tidak akan berubah sekiranya diri seseorang itu sendiri tidak mahu berubah.
~
Begitulah sedikit perkongsian yang ingin saya berikan. Moga anda mendapat jalan bagaimana untuk melaksanakannya. Saya tidak berjanji atau menjamin berkaitan pasti mendapat BE namun sebaiknya ini suatu usaha untuk mencapainya. Insya-Allah. Jangan lupa berdoa & bertawakal pada Allah Yang Maha Pemurah.

Nikah Lari, Kahwin Lari di Thailand atau Mana-Mana

Terkini, BALING 13 April - Pelajar pintar yang pernah menghilangkan diri, Halimaton Abdul Rashid, 16, dikatakan telah bernikah dengan teman lelakinya, Adam di selatan Thailand, minggu lalu.

Perkembangan terbaru itu cukup merunsingkan keluarga terutama ibunya, Normah Abdul Mutalib, 45, yang terkejut dengan tindakan anak gadisnya.

"Dia telah bernikah dengan pemuda tersebut di selatan Thailand minggu lalu dan kini tinggal bersama di Langkawi," kata Normah ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelajar tingkatan empat tersebut ketika menghubungi keluarganya dua hari lalu selepas dia menghilangkan diri buat kali kedua baru-baru ini.

Pada 22 Mac tahun lalu, Halimaton yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2007, menyebabkan kegemparan apabila didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sebelum ditemui tinggal bersama teman lelakinya di Langkawi.

Selepas dipujuk, Halimaton berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Utusan Malaysia difahamkan keluarga Halimaton telah menemui anak dan 'menantunya' hasil kerjasama UMNO Bahagian Baling yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Ir. Nawawi Ahmad semalam, bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka.

--
Tak kira pendidikan tinggi atau sebaliknya, nikah lari atau kahwin lari jauh dari keluarga semakin menjadi. Apakah punca serta permasalahan yang sebenarnya berlaku? Adakah kerana kesesakan modal berkahwin? Calon pasangan tidak direstui keluarga? Bagaimana?



ISTILAH ‘kahwin lari’ merujuk kepada pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah.

Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah secara mudah. Tindakan mengelak daripada melalui proses biasa, lazimnya kerana mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan (atau) tidak mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama.

Ada juga yang bertindak untuk kahwin lari kerana pilihan mereka tidak direstui oleh orang tua.

Kahwin lari sebenarnya suatu kesalahan dan undang-undang memperuntukkan hukuman denda atau penjara terhadap kesalahan ini. Walaupun hukuman telah diperuntukkan terhadap kesalahan ini, akan tetapi fenomena ini seakan tidak nampak bila surutnya. Sekiranya status pernikahan tidak jelas dan tidak didaftarkan tentulah ia memberi implikasi yang sangat tidak baik.

Marilah kita mengambil iktibar daripada perbuatan seumpama ini. Janganlah dibiarkan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri mempengaruhi tindak tanduk kita. Insya-Allah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ini kerana Allah Maha Mengetahui & Maha Adil.

Tentang Russia, Negara Yang Besar

Kebiasaannya kita sentiasa dengan berita tentang Amerika Syarikat (US) dalam pelbagai aspek. Jarang kita mendengar cerita tentang satu lagi negara yang mempunyai kuasa veto. Bagaimana fenomena seumpama itu berlaku. Dalam penjelajahan ke angkasa, Russia dan US sentiasa bersaing. Namun persaingan seumpama itu tidaklah menjadi bahan bualan dalam akhbar atau mana-mana sumber yang hebat berbanding gosip dan isu semasa lain.



Hari ini sambil menonton CNN, terdapat dokumentasi/laporan ringkas berkaitan sebuah kapal pemecah ais, Yamal. Dilaporkan Yamal adalah kapal pemecah ais yang terbesar di dunia buat masa sekarang.



Ibu negara Russia, Moscow kedudukan 55°45′N 37°37′E dan merupakan negara terbesar dengan keluasan 17,075,400 km² dengan jumlah penduduk seramai 142,905,200 ketiga terbesar di dunia. Fakta serta nombor menunjukkan besarnya sesebuah negara itu.

Selain daripada negara yang besar, Russia mempunyai kapal terbang kargo yang terbesar, Antonov-225 dikendalikan oleh syarikat Antonov Airlines. Mula melakukan penerbangan pada 21 December 1988. Sehingga tahun ini, kapal tersebut sudah 23 tahun.


The An-225 at the 38th Paris International Air and Space Show in 1989
Maximum speed: 850 km/h (460 knots, 530 mph)


Info: Tiada penerbangan terus ke Moscow sama ada dengan MAS atau Air Asia.

Isu Patin RM 13,000 : Mana Satu yang Betul 50? 350?

Semalam kita digemparkan dengan berita hidangan ikan patin mencecah RM 13,000 di Temerloh. Berita melaporkan 50 pelanggan menikmati hidangan tersebut dan tergamam dengan harga yang dinyatakan. Butiran berita adalah seperti di bawah:

Pelanggan Tergamam Hidangan Patin RM 13,000
Namun selepas beberapa ketika, berita telah melaporkan sesuatu yang lain pula. Ini menyebabkan pembaca menjadi keliru dan tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan terdahulu. Bagaimana kesilapan seumpama ini terjadi? Lihat berita di bawah:

Pelanggan Akui Jamuan Patin RM 13,000 Berpatutan
Anda sebagai pembaca apakah perasaan anda jika maklumat seumpama ini berlaku. Sekejap kata ini sekejap kata itu. Intergriti tercalar. Tambahan pula, Temerloh, bandar yang terkenal dengan ikan patin liar, maruahnya dicabar & serba sedikit boleh menyebabkan pandangan masyarakat berubah kepada suatu yang negatif.

~ Scream 4 : New Decade New Rules




Release Date: 15 April 2011
Language: English
Genre: Thriller / Horror
Running Time: 1 Hour 53 Minutes
Director: Wes Craven
Cast: Courteney Cox, Hayden Panettiere, Emma Roberts, David Arquette

Synopsis: Ten years have passed, and Sidney Prescott, who has put herself back together thanks in part to her writing, is visited by the Ghostface Killer.

(Source: Nusantara Edaran Films)

~ Tutorial iPanelonline: Lupakan Adsense & Nuffnang Sebentar

Pernah mendengar iPanelonline? Mungkin ramai belum pernah mendengarnya. Kebiasaannya kita mendengar Nuffnang, Adsense dan sebagainya. Satu lagi web untuk mereka yang ingin mencari pulangan di internet. Web ini berasaskan survey, setiap survey yang anda buat akan diberikan ganjaran. Jadi anda tidak perlu risau untuk pastikan orang datang ke blog/web anda.

Di sini saya akan tunjukkan cara-cara untuk menyertai program ini. Pertama sekali anda perlu ke laman web iPanelonline untuk mendaftar. KLIK SINI

Paparan di bawah akan muncul:

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi setiap ruang kosong yang disediakan. Selepas selesai mengisi, pastikan anda menghantar pendaftaran tersebut.

Dalam beberapa ketika, anda akan menerima emel pengaktifan untuk akaun anda. Lihat emel anda, tekan link yang diberikan. Selanjutnya anda boleh login ke akaun anda.

Anda akan melihat paparan seperti di bawah ini. Control Panel anda. Setiap mata anda akan dipaparkan di sini. Baiklah, itu langkah untuk bermula dengan mendaftar.

Bagaimana untuk mendapatkan ganjaran?
Mudah sahaja. Untuk mendapatkan paparan seperti di bawah, tekan logo iPanelonline tersebut. Seterusnya anda tekan Survey Ahli.

Dalam survey ahli, anda akan lihat senarai survey yang terdapat. Setiap survey mempunyai pointnya sendiri. Sebagai contoh, 5 points = RM0.05. Tekan mana-mana survey yang masih DIBUKA.
Paparan survey akan keluar seperti di bawah:
Selesai dengan survey anda, pastikan anda hantar. Anda boleh tutup tab/window survey tersebut & refresh control panel anda untuk melihat mata terkini.

Bagaimana mengemaskini Informasi Saya?
Lihat pada Control Panel anda, tekan Informasi Saya. Paparan akan keluar. Gambar di bawah adalah untuk mengemaskini maklumat penebusan anda. Untuk makluman anda, penebusan mata dibuat ke atas akaun Paypal anda. Pastikan anda mempunyai akaun Paypal untuk menebus mata. Akhir sekali tekan Submit.

Begitulah tutorial ringkas berkaitan iPanelonline, cubalah sekiranya anda berminat. DAFTAR SEKARANG

Kenapa Google Lain Hari Ini?

Hari ini jika kita buat pencarian melalui Google, pasti akan terpapar gambar di bawah. Kenapa lain pula hari ini? Jawapannya ada di sini.

12 April 1961 – The Russian (Soviet) cosmonaut Yuri Gagarin becomes the first human to travel into outer space and perform the first manned orbital fly, in Vostok 3KA-2 (Vostok 1).



Hari adalah sempena 50 tahun selepas Yuri Gagarin menjelajah ke angkasa dengan menaiki Vostok 3KA-2 pada 12 April 1961.

Sedikit informasi berkaitan Yuri Gagarin. Beliau dilahirkan di Klushino, Russian SFSR, Soviet Union pada 9 Mac 1934. Meninggal pada 27 Mac 1968 (umur 34 tahun) dalam kemalangan pesawat di Novosyolovo, Russian SFSR.


1. Vostok I, yang dinaiki Yuri Gagarin, sekarang dipamerkan di RKK Energiya Museum luar Moscow.
2. Poskad yang memaparkan wajah Yuri
3. Monumen Yuri Gagarin di Cosmonauts Alley, Moscow

~ Ferrari Menjadi Limosin?



LONDON - Seorang pemilik Ferrari 360 di sini membelanjakan wang sebanyak AS$326,687 (RM987,084) untuk mengubahsuai kereta sport miliknya menjadi sebuah limousin, lapor sebuah akhbar semalam.

Proses mengubah suai kereta sport yang dibeli pada harga AS$81,678 (RM246,790) itu mengambil masa enam bulan dengan menggunakan alat ganti tulen Ferrari.

Ferrari 360 asal memiliki 400 kuasa kuda (bhp) dan mampu memecut 0-100 kilometer sejam dalam masa cuma empat saat. Namun, limousin tersebut tidak dapat mencapai kelajuan asalnya kerana beratnya sudah bertambah. - Agensi

~ Tergamam Hidangan Patin RM 13,000


TEMERLOH, 11 April - Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

-- BERNAMA

~ Kenali Mantan Perdana Menteri Malaysia

Sambil-sambil melihat internet, terjumpa suatu artikel yang menunjukkan kad pengenalan/identiti diri bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia. Mungkin kita terlupa atau tidak tahu bahawa sebelum penggunaan MyKad dikuatkuasakan, rakyat Malaysia telah menggunakan beberapa jenis kad pengenalan. Dalam pos ini, kita lihat kad pengenalan pemimpin utama di Malaysia.

Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Tun Hussein Onn
Tun Dr Mahathir
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Itulah serba sedikit informasi untuk dikongsikan. Hal seumpama ini, lebih bernilai sejarah. Penggunaan kad pengenalan mengalami perubahan yang selaras dengan perkembangan semasa. Peringatan: Pastikan kad pengenalan anda selamat dan berada dalam keadaan yang baik.

~ Akan Datang : Icon Blog

Untuk slot akan datang, saya akan menyiapkan tutorial bagaimana untuk meletakkan icon untuk blog anda. Sample:


~ Tutorial Nuffnang : Bagaimana Bermula Untuk Blogger

Apakah itu Nuffnang?
Secara ringkasnya, Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Pelantar dalam talian kami membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar. Nuffnang.com kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.

Mengapa Nuffnang?
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, Nuffnang serba sedikit dapat memberikan pulangan kepada para blogger. Sambil blogging anda menjana sedikit pendapatan. Fungsinya sama juga dengan Google Adsense, namun Nuffnang tidaklah terlalu sukar untuk didaftarkan. Malah Nuffnang berada di Malaysia, maka urusan kewangan lebih mudah. Cubalah.

Bagaimana ingin bermula?
Mudah sahaja, klik/taip www.nuffnang.com.my. Paparan di bawah akan anda lihat.

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Nuffnang, inilah masanya. Tekan Butang Daftar, seterusnya tekan Sign Up As Blogger. Sila lengkapkan borang yang disediakan oleh pihak Nuffnang. Isikan ruangan yang diwajibkan.

Setelah selesai mengisi borang tersebut, tamatkan proses pendaftaran tersebut. Anda mungkin perlu mengaktifkan akaun anda daripada emel yang telah anda daftarkan. Pastikan anda ingat emel serta password yang berkaitan.


Akaun telah diaktifkan? Ya, anda sudah boleh meneruskan langkah yang seterusnya. Sila login ke akaun anda. Apabila anda login, akan keluar dashboard/control panel.

Tiba masanya untuk mendaftar blog anda, tekan Blog Manager anda sekarang. Masukkan butiran yang dikehendaki. Borang survey akan dipaparkan, sila isi borang tersebut sebaik mungkin.


Setelah mendaftarkan blog anda. Tekan Add Ads.

Berkaitan ads yang disediakan oleh Nuffnang, terdapat 3 jenis saiz. Pertama, HEADER (728x90), keduanya SKYSCRAPPER (160x300) - sisi tepi dan ketiga Large Rectangle (336 x 280) - antara petikan. Untuk memasukkan Header & Skyscrapper ke dalam blog bukanlah suatu yang agak susah berbanding antara petikan. Dalam tutorial ini, kita akan fokus kepada iklan antara petikan.
-----
Seterusnya, (new tab/new window) sila buka dashboard blog anda. Pilih blog yang anda ingin letakkan iklan Nuffnang tersebut. Kenalpasti tempat yang ingin anda letakkan, sekiranya di atas maka di atas, jika tepi tentukan kiri ataupun kanan.

Apabila anda menekan Add Gadjet, pilih HTML/Javascript (seperti di bawah)

Masukkan koding yang diberikan oleh Nuffnang dalam page Add Ads tadi. Anda boleh meletakkan Title jika mahu. Kosongkan jika mahu. Selain itu, jika anda ingin meletakkannya dalam keadaan (align) center, masukkan koding center seperti di bawah:

Tekan Save setelah anda telah selesai memasukkan koding tersebut. Anda boleh View Blog untuk melihat hasilnya. Peringatan, jangan risau sekiranya banner tidak keluar tapi ada logo Nuffnang sahaja yang keluar. Sekiranya begitu, anda berjaya melakukannya. Jangan risau.
-------

Bagaimana untuk memasukkan iklan Nuffnang antara petikan?
Lihat contoh di blog ini. Terdapat iklan di bawah petikan pos. Cuba tekan tajuk untuk melihat pos tersebut sahaja. Hasilnya paparan iklan Nuffnang ada lagi di bawah petikan.

Kembali ke panel blogger anda. Sekarang, tekan Design > Edit HTML . Rujuk paparan di bawah jika anda tidak pasti.

Apa yang anda perlu lakukan dahulu adalah memastikan Expand Widget Templates dalam keadaan tick, seperti di bawah.
Setelah page anda diupdate secara automatik, sila tekan di keyboard anda serentak Ctrl+F. Ini untuk pencarian tempat untuk anda letakkan koding Nuffnang. Telah keluar kotak Find di Mozilla anda? Sekarang taip footer-line-3. Tekan Enter.

Paparan seperti di bawah akan keluar di hadapan anda.

Anda lihat highlight biru yang terdapat dalam gambar di atas. Itu adalah koding untuk large rectangular (ambil dari add ads di Nuffnang tadi). Copy dan Paste seperti kedudukan yang telah ditunjuk di atas. Anda boleh memasukkan koding center jika mahu. Akhir sekali tekan Save Template. Selesai dan View Blog untuk melihat hasilnya.
-------
Begitulah caranya untuk pengiklanan Nuffnang di blog anda secara ringkas. Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada tutorial ini. Insya-Allah akan ada lagi tutorial menyusul berkaitan pelbagai perkara.

Selepas anda membaca artikel ini, silalah kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Facebook kecil di bawah ini. Anda juga boleh cuba menekan iklan-iklan Nuffnang yang terdapat dalam blog ini.

Sekian.

~ Maharaja Lawak: Minggu 2











--6









sumber: GuaTV.com

~ Telur Palsu Tiruan & Telur Asli

Kita digemparkan dengan kes telur tiruan yang dijual di Pulau Pinang minggu ini. Kini masyarakat perlu berhati-hati sekiranya membeli telur atau memakannya. Dimaklumkan sekiranya kita memakan telur tersebut, kesan sampingan akan terjadi pada badan kita. Oleh yang demikian, berhati-hati mulai sekarang.



Maklumkan pada rakan-rakan lain. Share link ini di Facebook anda.

~ Misbun-Chong Wei ibarat 'irama dan lagu'


Lagu: Getaran Jiwa | Penyanyi: P. Ramlee

Sumber: Berita Harian

PADA pengamatan Datuk Mazlan Ahmad, gandingan Lee Chong Wei dan mentornya, Datuk Misbun Sidek ibarat 'lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan'.

Semalam, Penasihat Sukan Kementerian Pelajaran itu menyuarakan formula terbaik untuk meleraikan isu badminton itu adalah melantik Misbun selaku penasihat kepada pemain nombor satu dunia itu walaupun sebelum ini anak didiknya itu seperti tidak memerlukan sentuhan emasnya lagi.

“Jika Chong Wei kian selesa dengan Tey Seu Bock, mereka boleh teruskan tetapi sentuhan emas Misbun juga tidak boleh diketepikan begitu saja dalam memastikan misi penting di Sukan Olimpik 2012 mencapai sasaran.

“Pilihan terbaik adalah melantik Misbun sebagai penasihat dan saya yakin ia bukan masalah kerana mereka pernah bekerjasama sebelum ini hingga Chong Wei berjaya hari ini,” katanya semalam.

Mazlan berkata, pada masa sama Misbun perlu diberi tanggungjawab mencari pengganti Chong Wei, tetapi dengan syarat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus memberi kebebasan dan kepercayaan kepada jurulatih itu memilih pemain pelapis bimbingannya.

“Ini penting kerana hanya ‘jauhari yang mengenal manikam’ dan BAM hanya perlu menetapkan indeks prestasi utama (KPI) kepada Misbun memastikan pemain pelapis bimbingan menyerlah dalam tempoh ditetapkan.

“Lagipun, ini adalah masa terbaik menggunakan kepakaran Misbun membimbing pemain pelapis kerana orang ramai dan peminat sering bertanya, siapa pengganti selepas Chong Wei,” kata bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara itu.
Mazlan juga menyenaraikan satu lagi pilihan dengan BAM membenarkan Chong Wei kembali menjalani latihan bersama Misbun dan menjadi rakan sparring kepada pemain pelapis bimbingannya.

“Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih pilihan ini kerana ini akan membantu mempercepatkan proses kematangan pemain pelapis kerana mereka berpeluang sparring dengan pemain nombor satu dunia.

“Apapun, BAM kena membuat keputusan terbaik demi kepentingan negara dan jangan sesekali membuat keputusan dipengaruhi emosi,” katanya.

~ Kenali iPad 2 Anda


Saiz
9.50" x 7.31" x 0.34"

Model:
Terdapat dua jenis iPad 2 yang berbeza spesifikasinya.
(1) Wi-Fi (2) Wi-Fi + 3G

Storage:
16GB | 32GB | 64GB

Display/Paparan:
* 9.7-inch (diagonal) LED-backlit glossy widescreen Multi-Touch display with IPS technology
* 1024-by-768-pixel resolution at 132 pixels per inch (ppi)
* Fingerprint-resistant oleophobic coating
* Support for display of multiple languages and characters simultaneously

Chip/Cip:
1GHz dual-core Apple A5 custom-designed, high-performance, low-power system-on-a-chip

Camera, Photo & Video Recording
* Back camera: Video recording, HD (720p) up to 30 frames per second with audio; still camera with 5x digital zoom
* Front camera: Video recording, VGA up to 30 frames per second with audio; VGA-quality still camera
* Tap to control exposure for video or stills
* Photo and video geotagging over Wi-Fi

Audio Playback
# Frequency response: 20Hz to 20,000Hz
# Audio formats supported: HE-AAC (V1 and V2), AAC (8 to 320 Kbps), Protected AAC (from iTunes Store), MP3 (8 to 320 Kbps), MP3 VBR, Audible (formats 2, 3, and 4, Audible Enhanced Audio, AAX, and AAX+), Apple Lossless, AIFF, and WAV
# User-configurable maximum volume limit
# Dolby Digital 5.1 surround sound pass-through with Apple Digital AV Adapter (sold separately

TV & Video
* Video mirroring and video out support: Up to 1080p with Apple Digital AV Adapter or Apple VGA Adapter (cables sold separately)
* Video out support at 576p and 480p with Apple Component AV Cable; 576i and 480i with Apple Composite AV Cable
* Video formats supported: H.264 video up to 720p, 30 frames per second, Main Profile level 3.1 with AAC-LC audio up to 160 Kbps, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats; MPEG-4 video, up to 2.5 Mbps, 640 by 480 pixels, 30 frames per second, Simple Profile with AAC-LC audio up to 160 Kbps per channel, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats; Motion JPEG (M-JPEG) up to 35 Mbps, 1280 by 720 pixels, 30 frames per second, audio in ulaw, PCM stereo audio in .avi file format

Mail Attachment Support
Viewable document types: .jpg, .tiff, .gif (images); .doc and .docx (Microsoft Word); .htm and .html (web pages); .key (Keynote); .numbers (Numbers); .pages (Pages); .pdf (Preview and Adobe Acrobat); .ppt and .pptx (Microsoft PowerPoint); .txt (text); .rtf (rich text format); .vcf (contact information); .xls and .xlsx (Microsoft Excel)

Rujukan: http://bit.ly/9YMMmU

~ Champion League Quater-Finals 1st Leg



Keputusan Penuh:

Real Madrid 4 - 0 Tottenham Hotspur
Adebayor 4' , 57'
Di María 72'
Cristiano Ronaldo 87'


Internazionale 2 - 5 Schalke

(2) Stanković 1', Milito 34'
(5) Matip 17', Edu 40' , 75', Raúl González 53', Ranocchia 57' (o.g.)

~ Statistik Alexa Pertama Buat Blog Ini



Tanpa sedar hari ini alexa telah mengeluarkan statistiknya di blog ini. Melihat pada angka menunjukkan perjuangan masih jauh. Apa pun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha untuk maju ke hadapan.

Ilmu masih cetek, luas lautan ilmu ingin dikejar. Moga kita bertemu di tangga kejayaan. Insya-Allah

~ Fenomena Bundle | Baju Bundle | Seluar dsb.

Ramai sedia maklum yang perniagaan bundle semakin berkembang pesat. Tergerak hati untuk menulis artikel berkaitan perihal bundle. Bila agaknya saya mengenali bundle? Seingatlah, bundle ni saya kenal sewaktu sekolah menengah, ketika itu di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi, JOHOR.

Mungkin ramai yang mengenali satu kedai bundle tepi jalan nak ke Desaru,,,time tu memang tengah top tempat tu,,,rasanya keluar Majalah 3...memang banyak barang 2nd, 3rd, 4th dan ntah ke berapa HAND...orang-orang di Johor sana mungkin dekat dengan kedai itu...Tapi jangan risau yang lain-lain sebab kedai bundle ada di merata tempat kini...

Sehaluan dengan artikel ini, baru dapat tahu ada member yang buat bundle,,good start,,baru nak berjinak-jinak berniaga...why not kita menyokong,,,jom tengok blog BUNDLE yang dalam perhatian...



http://longgokbundle.blogspot.com/

Mana pasukan F1 Malaysia? Realiti?


Sumber: Berita Harian

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali: “Mengapa kita tidak cuba gabungkan ketiga-tiga pasukan ini untuk membentuk sebuah pasukan tempatan yang mantap dan berkualiti.”

Sudah tiba masanya tiga pasukan berbeza yang ada kaitan dengan syarikat negara ini bergabung - Razlan

DENGAN tiga pasukan ada kaitan dengan negara ini dan jumlah pelaburan penajaan mencecah jutaan ringgit, tidak mustahil Malaysia melahirkan sebuah pasukan yang kompetitif dalam perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1).

Bunyinya seperti impian kosong dan angan-angan tetapi terlebih dulu, pihak berbeza pendapat harus berani mengetepikan perbezaan masing-masing dan bersatu demi kepentingan negara.

Itu pendapat diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang membayangkan kenya-taannya itu bukanlah sesuatu yang mustahil kerana syarikat besar negara ini memiliki kepakaran dan peruntukan mencukupi untuk merealisasikannya.

“Saya sedar perlumbaan F1 memang sukar, memerlukan bukan saja komitmen, malah teknologi dan peruntukan besar tetapi mungkin sudah tiba masanya kita melangkah ke depan.

Tahun ini, kita memiliki tiga pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia dan setiap pasukan membelanjakan jutaan ringgit untuk kos perlumbaan dan pembangunan pasukan masing-masing.

“Mengapa kita tidak cuba gabungkan ketiga-tiga pasukan ini untuk membentuk sebuah pasukan tempatan yang mantap dan berkualiti.”

Razlan mengatakan Malaysia tidak ketandusan pemandu berkualiti menerusi pelbagai program pembangunan yang dijalankan PETRONAS dan Lotus hingga mampu melahirkan beberapa pemandu muda berbakat tetapi pelbagai kekangan membataskan pembabitan mereka di peringkat lebih tinggi.

“Mungkin ada politik dalam sukan. Kita sedar, semua pihak mempunyai agenda sendiri tetapi ada masanya kita perlu bersatu dan bekerjasama.”

PROTON+PETRONAS+AIR ASIA/NAZA GROUP= F1 MALAYSIA

40 tenggiling bernilai RM60,000 dirampas



Sumber: KOSMO

KOTA BAHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan merampas 40 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM60,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Pengarah Perhilitan negeri Rahmat Topani berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota jabatannya dengan kerjasama polis, di hadapan balai polis Bukit Yong pada pukul 6.45 pagi ini.

Beliau berkata tenggiling spesis “manis javanica” seberat 200 kilogram itu disimpan dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry dan dipercayai cuba diseludup ke Thailand.

"Kami menahan seorang pemandu kereta itu dan penumpang masing-masing berumur dalam lingkungan 40-an berasal dari Johor untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 68 (2) Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, Akta 716 dan mengikut akta yang baru dipinda itu, mereka yang disabit kesalahan boleh didenda sehingga 100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Rahmat berkata pihaknya percaya haiwan itu cuba diseludup ke China untuk tujuan perubatan tradisional melalui Thailand. - Bernama