Berapa jauh kita dari Kaabah?

Di petang hari Jumaat ini, aku saja membuka Google Earth untuk mengukur jarak beberapa tempat dari Malaysia ke Kaabah..Mulanya tengok Miracle of Kaabah pasal golden ration 1.618 tu,,ada juga yang menyangkal kerana kiraan Math salah,,jadi tak apalah pasal tu...maka aku saja mengukur jarak kita ke Kaabah...dengan menggunakan Google Earth saja...nak ukur tanah tak daya tu,,kena seberang laut semua...
Ukuran yang aku buat ni bukan ikut jarak jalan ya,,,kalau ikut jarak jalan memang lagi jauh...

Jadi antara lokasi asal yang aku ukur adalah dari Masjid Negara, Masjid Putra & Masjid Sultan Mizan (Besi). Bila dilihat pada nombor, jauh juga...Hasil ukuran yang dilakukan:

Masjid Negara ke Kaabah = 6,971.90 kilometer

Masjid Putra, Putrajaya = 6,980.30 kilometer

Masjid Sultan Mizan (Besi), Putrajaya = 6,980.20 kilometer

Itulah dia jarak dari negara kita ni, tiap tahun jemaah haji dari Malaysia akan ke sana, sudah pasti ramai yang teringin sangat ke sana...Tak Haji, Umrah pun jadilah...Untuk ke sana PENGORBANAN amatlah penting...Menurut pengalaman rakan lain, pergi ke negara lain rasanya tidak serupa dengan kita pergi ke Kota Suci terutamanya mengadap Kaabah...

Lihatlah rakaman beliau ke sana:

Marilah kita menanam cita-cita untuk ke sana, insya-Allah, doa kita akan dimakbulkan...

Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): "Sesiapa yang memasuki Kaabah lalu mengerjakan sembahyang di dalamnya, bererti dia masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan dalam keadaan dia diberikan keampunan".

Ibnu Umar r.a telah berkata tentang memasuki Kaabah: "Masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan". Ata' berkata: "Sesungguhnya aku lebih suka mengerjakan sembahyang di dalam Kaabah sebanyak dua rakaat dari mendirikan sembahyang empat rakaat di Masjidilharam".

Diriwayatkan daripada Yahya bin Ju'dah bin Hubairah tentang firman Allah:
Yang bermaksud: Sesiapa yang memasuki Kaabah akan mendapat keamanan. Katanya: "Keamanam dari api Neraka".

Al-Hafiz Abu Tahir As-Salafi Rahmatullah mendendangkan nasyid kepada dirinya sendiri ketika memasuki Kaabah:

Yang bermaksud:
Adakah selepas memasuki Kaabah Allah akan menjamin

Adakah akan tertinggal dosa-dosa dan kesalahan yang tersembunyi.

Maka maha sucilah setiap perkara tadi, bahkan akan dimaafi segala-galanya

dan akan kembali seseorang itu dalam keadaan beriman dan gembira.

Kelebihan Melihat Kaabah: Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat".

Mujahid berkata: "Memerhatikan Kaabah merupakan ibadat". Said bin Musayyab berkata: "Sesiapa yang memerhatikan Kaabah dengan penuh keimanan dan kepercayaan, akan gugurlah segala kesalahan dan dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan".

6 comments:

  1. DAri rumah ke masjid putra dalam 7 km... jadi lebih kurang dari sini dalam 6,980.37km... hmmmm

    InsyaAllah... moga Allah bagi kita kelapangan, keupayaan untuk buat ibadat haji dan umrah ni..

    pernah baca buku prof kamil? travelog haji.. Allahuakbar, mesti rasa berkobar2 dan semangat nak pergi sana.

    ok bye!;)

    ReplyDelete
  2. smoga kita diperkuatkan utk ke masjid or surau bdekatan stiap masa...amin..

    Baca sampai muntah! : Perabot Kulit Kitar Semula

    ReplyDelete
  3. afida anuar: insya-Allah kita akan ke sana..;)

    soooooour: yg dekat ni pun kadang-kadang malas..huhuhu

    ReplyDelete
  4. jauhnye....ad rezeki leh g.

    ReplyDelete
  5. Adean: Insya-Allah, Allah Maha Pemurah, kita sebagai HambaNya hendaklah berusaha...;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)