Kahwin Nak Warna Apa? Tolong!!!


Bulan November sudah makin hampir tapi bab pemilihan tema untuk perkahwinan belum ditetapkan setetapnya. Bila tengok katalog warna kain yang ada, makin blur dibuatnya. Banyak sangat warna kat dalam dunia ini.

Pada asalnya memilih Peach tapi tiba-tiba ada yang sudah menirunya. Takut jika pilihan yang sama dianggap kami ingin melawan sebaliknya tidak. Jadi Peace & Pink akan dielakkan. Manakala warna Merah Hati, Gold, Lime Green telah juga digunakan.

Benda kecil sahaja tapi adakalanya sebab inginkan kepuasan hati kenalah berpikir-pikir panjang.

Rakan-rakan blogger mesti ada yang telah melangsungkan majlis masing-masing. Apa pendapat anda semua? Kalau ada yang sudi bolehlah komen-komen.

Sekarang pun masih mencari ilham untuk design kad jemputan, teringin sangat nak design sendiri, maklumlah pandai design serta buat printing..Jadi pilihan konsep masih di awangan...

Harap-harap dengan izin Allah dipermudah segala urusan. Amiin...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)