Gugup Masa Akad Nikah: Pengantin Lelaki?Wali Perempuan?

Semalam telah bertugas di satu majlis akad nikah yang berlangsung di Shah Alam. Majlis berlangsung dengan lancar dan tiada keganasan berlaku...Belah lelaki telah tiba sejurus selesainya solat isyak, bersama-sama juga ketibaan Penolong Pendaftar Nikah dari JAIS...

Pada permulaannya, kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pemberian. Wakil kepada kedua-dua pihak juga memberikan ucapan masing-masing..Selesai bab-bab adat, jurunikah meneruskan majlis.

Dimulakan dengan bacaan al-Fatihah, jurunikah memberikan ucapan pembukaan berkaitan tujuan nikah & sebagainya..Pada masa yang sama pengesahan siapa pasangan serta saksi ditetapkan..Kemudiannya disampaikan khutbah nikah...

Selesai khutbah, jurunikah memberikan taklimat berkaitan akad nikah yang akan dijalankan...Menurut katanya, beliau biasa meminta bapa kepada pengantin perempuan yang melafazkan akad itu sendiri kepada pengantin lelaki...

Jadi jurunikah mengajarlah lafaz yang perlu disebut,,,maka bapa pengantin perempuan TESTING-TESTING-TESTING...selepas itu, testing untuk pengantin lelaki pula...SETEL.."takut pengantin khayal"-gelak tetamu yang hadir...

Berkaitan MAS KAHWIN (mahar),,,pada mulanya RM300..tapi jurunikah telah maklumkan bahawa adat hantaran itu telah dimansuhkan,,maka wang hantaran tersebut dijadikan juga mas kahwin...dalam majlis tersebut,,difahamkan wang hantaran RM 10,000 maka jumlah mas kahwin adalah RM10,300... Di Selangor, minima mas kahwin adalah RM300 manakala maksima tidak had selagi mampu...
(Gambar Ilustrasi Sewaktu Berakad Nikah)

Jadi semua telah jelas, maka bermulalah,,,tidaklah ingat apa yang silap diucapkan oleh bapa pengantin,,tapi jurunikah minta LAGI SEKALI sampai 3 kali,,,nasihat jurunikah, "bertenang, jangan laju-laju, selawat banyak-banyak..." kepada bapa pengantin...

Kali ke-3,,bapa pengantin berjaya lafazkan,,,disambut pula oleh pengantin dengan 1 kali lafaz sahaja,,,"SAYA TERIMA NIKAHNYA ...... DGN MAS KAHWINNYA RM10,300 TUNAI"...

Jurunikah,"SAH SAKSI?" BOLEHLAH TU KAN....maka sahlah akad nikah tersebut...

Kesimpulannya, bila diamati semula, pengantin memang TIPTOP sekali lafaz sahaja,,,tapi BAPA PENGANTIN yang mengulang,,,mungkin sebab terkejut,,,so bagi perempuan yang akan berkahwin nanti, pesan awal-awal pada bapa/ayah anda supaya PRACTICE juga,,,

Sekadar Berkongsi Pengalaman Semalam.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)