Khidmat untuk Masyarakat & Khidmat Masyarakat

Berbagai-bagai program yang diadakan oleh pelbagai organisasi di negara ini. Ada yang memberikan bantuan, jamuan makan, derma, sumbangan dan sebagainya. Malah organisasi disarankan untuk melaksanakan program berbentuk Khidmat Masyarakat selain dari menjalankan operasi harian mereka.

Musim perayaan Aidilfitri yang baru sahaja lepas, dapat dilihat pelbagai jamuan aidilfitri di merata tempat. Tetamunya yang teristimewa adalah anak-anak yatim. Sudah pasti banyak duit raya telah diberikan. Ucapan syukur atas pemberian yang diberikan.

Namun fikirkan dan renungkanlah, sama ada program seumpama ini seikhlasnya khidmat untuk masyarakat atau pelengkap program Khidmat Masyarakat yang ditetapkan dalam pencapaian suatu organisasi. Malah alangkah kurang sedap jika program seumpama ini dibuat semata-mata menarik publisiti sesuatu organisasi.

Selain itu, program tersebut pelengkap untuk mengurangkan kadar cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan.

Kenyataan Adalah Andaian 1

BERITA SUKAN 

Setiap masa berbagai-bagai peristiwa yang berlaku dalam kehidupan tidak kira manusia, haiwan, serangga, tumbuh-tumbuhan dan apa jua ciptaan yang ada di alam ini. Tanpa disedari tidak semua yang kita ketahui adalah semua yang berlaku.

Peristiwa yang berlaku dilabelkan dalam bab-bab tertentu, iaitu, isu semasa, politik, hiburan, sukan, ekonomi dan lain-lain. Bab-bab ini boleh didapati melalui surat khabar, majalah, buletin, televisyen, radio dan sebagainya.

Kenyataannya tidak semua mengetahui akan setiap peristiwa yang berlaku. Sebenarnya setiap peristiwa yang dilaporkan adalah andaian. Manusia tidak akan terlepas daripada membuat andaian walaupun mereka menyangka itu adalah kenyataan.

"25 juta rakyat Malaysia menyokong perjuangan atlet negara di Sukan Olimpik London 2012" ujar pembaca berita di televisyen. Suatu andaian yang mampu memberi impak positif kepada atlet. Dengan harapan bersemangat menghadapi cabaran sukan yang disertai.

Menulis Novel ke Mencetak Novel

Novel adalah bahan bacaan yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya golongan muda. Golongan ini lebih meminati novel yang bertemakan CINTA. Ada segelintir penulis novel, mendapat ilham daripada pengalaman peribadi dan ada juga yang berfantasi.

Dalam proses menerbitkan sesebuah novel, penulis lebih mengemari untuk menjual hasil karya mereka kepada syarikat penerbitan yang sedia ada. Ini kerana beranggapan lebih mudah di pasarkan. Hanya sedikit bilangan yang ingin bermula daripada sifar. Tidak dinafikan juga ada penulis yang menggunakan khidmat syarikat penerbitan dan juga menerbitkannya sendiri.

Menulis adalah lebih sukar daripada mencetak. Anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah NOVEL. Namun bagi kilang percetakan, ianya untuk pengeluaran 1000 naskah sebagai contoh hanya memerlukan tempoh paling kurang 1 minggu sahaja.

Sewa PA System di Taman Warisan Pertanian & Damansara Bistari

Hujung minggu lepas, jadual saya padat dengan sewaan PA System di dua lokasi berbeza. Lokasi pertama yang berlangsung pada 8 September 2012, di Taman Warisan Pertanian, Precint 16, Putrajaya. Manakala pada 9 September 2012 berlangsung di ruang  tempat letak kereta Pangsapuri Damansara Bistari, Seksyen 19, Petaling Jaya.

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan pengantin. Moga anda bahagia di dunia & akhirat.

Ini pemandangan sewaktu di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya.

Penurunan kepada 4.850 Saham Felda (FGVH)


Hasil daripada pemerhatian terhadap saham FGVH di Bursa Saham Kuala Lumpur mendapati saham tersebut mengalami penurunan berterusan. Sepanjang pemantauan, didapati saham FGVH berada pada tahap 5.00 sepanjang negara menyambut perayaan Aidilfitri.

Namun begitu, dalam minggu ini penurunan kian dilihat dari semasa ke semasa. Ini jelas dapat dilihat semalam, selepas saham mengalami penurunan sebanyak -0.150. Takat ini merupakan penurunan terbesar pernah berlaku.

Selain itu, pengumuman dividen sebanyak 5.5 sen sesaham memberikan nafas kewangan kepada pemegang saham terutama yang terdiri daripada peneroka Felda.

Tidak ketinggalan juga, terdapat pelbagai spekulasi berkaitan penurunan saham Felda.

Pengumuman Transformasi Percetakan

Kini dengan berbesar hati, saya ingin memaklumkan bahawa blog Imran Irsyad akan disertakan dengan khidmat percetakan kami. Namun begitu, entri berkaitan isu semasa, ekonomi, sukan dan lain-lain terus dijelmakan.

Langkah ini adalah penting, supaya saya dapat fokus pada satu lokasi. Sejak daripada dulu, saya telah membuka berpuluh blog, kini saya perlu fokus. Platform I2 adalah terbaik.

Jangan lupa logo ini.

Apa yang kami cetak? Lihat koleksi iklan yang telah saya buat di sana-sini.

Cetak Buku dan Novel | Cetak Flyers A4 dan A3 | Khidmat Percetakan Buku dan Bahan Cetak | Mencetak Banner Bunting Buku Majalah Novel | Mencetak Banner Bunting