2 Masjid Tumpuan Umat Islam Seluruh Dunia

Sebagai seorang insan sudah pasti kita amat ingin pergi menunaikan ibadat ke hadrat Allah s.w.t di dua masjid utama ini iaitu MasjidilHaram & Masjid Nabawi..Ada yang pergi umrah & paling besar ganjarannya adalah dapat menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu Menunaikan Ibadat Haji bagi yang berkemampuan..


Jarak sesaran antara MasjidilHaram & Masjid Nabawi adalah dalam 337 kilometer..Apabila menunaikan Umrah atau Haji, rukun-rukun yang telah ditetapkan hendaklah dilengkapkan..

Jadi, mari kita lihat kebaikan-kebaikan & ganjaran yang tersedia..


Ganjaran Bagi Pejalan Kaki Menunaikan Haji. Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud:
“Ibn Abbas ra. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bersabda:”Barangsiapa pergi ke Makkah berjalan kaki dan kembali, untuknya di tulis ganjaran tujuh ratus kebaikan daripada amalan-amalan yang dilakukan di haram Yang Suci bagi setiap langkah yang diambil.” Para sahabat bertanya:”Dan apa pula yang dimaksudkan dengan amalan-amalan kebaikan daripada Haram?” Rasulullah SAW menjawab:”Setiap amalan baik dianugerahkan dengan ganjaran sebanyak seratus ribu (100,000) amalan-amalan kebaikan.” Menurut pengiraan yang di atas ia bermakna bahawa tujuh ratus amalan baik iaitu sama dengan tujuh puluh juta amalan-amalan kebaikan (70,000,000) dan ini adalah ganjaran bagi setiap langkah yang diambil.”

Ganjaran Besar Yang Meninggal Ketika Mengerjakan Haji. Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud:
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Barangsiapa memulakan satu perjalanan untuk menunaikan haji dan meninggal di perjalanan, kepadanya akan dituliskan satu ganjaran haji sehinggalah ke hari kiamat; dan barangsiapa memulakan perjalanan untuk mengerjakan umrah dan meninggal dunia di perjalanan, kepadanya akan dituliskan ganjaran daripada “Muktamir” sehinggalah ke hari kiamatl dan barangsiapa memulakan perjalanan untuk berjuang ke jalan Allah dan meninggal dunia di tengah perjalanan, kepadanya akan ditulis dengan ganjaran seorang Mujahid sehinggalah ke Hari Kiamat.” (HR. Abu Ya’la)

Ganjaran Haji Mabrur. Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud:
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya tidak ada ganjaran bagi Haji yang marbrur melainkan Jannah (Syurga).” (Mutafaqun Alaih)

~ Daripada pemerhatian tentang kehidupan manusia, ada beberapa yang telah sampai ke pelbagai negara, seluruh negara telah mereka kunjungi, tetapi tidak sampai lagi di hati untuk mengunjungi Baitullah. Mereka diberikan keupayaan & kekayaan, dapatlah mereka mendapatkan apa sahaja yang diinginkan tetapi tidak pula mereka menginginkan Haji/Umrah..

Jangan pula sekarang dalam kekayaan, alpa untuk mengEsakan Allah s.w.t. Akan datang ditarik balik segala kekayaan, tinggal secukup-cukupnya sahaja, apa bekalan yang tinggal. Tatkala keupayaan yang dimiliki, azamlah untuk ke sana. Lebih baik bermula daripada tidak melakukan apa-apa.

Ada beberapa pula yang ingin sangat ke sana, tapi batasan kewangan atau keupayaan belum membolehkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang berlaku pada diri kita.

Sebarkan galakan menunaikan Haji & Umrah pada rakan-rakan kita. Insya-Allah...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)