Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 1433H

Saya amat berbesar hati ingin mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh masyarakat Islam. Moga kita mendapat keberkatan sepanjang menjalankan ibadat puasa.


(BERITA HARIAN) KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran radio dan televisyen sebentar tadi. Perisytiharan tarikh itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183 maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Salam Ramadhan buat semua..~

assalamualaikum w.b.t. semua, setelah sekian lama tak menjenguk di sini..bersangkutan dengan kita memulakan Ramadhan ini..aku nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa, satu lagi rukun Islam...Insya-Allah kita diberikan keberkatan dalam bulan yang penuh barakah ini..

sehubungan itu, marilah kita mendengar bacaan Surah Al-Baqarah oleh Imam Sudais..

biasa dengar lagu je ye di utube, meh luangkan masa untuk mendengar bacaan ini..




sekian untuk hari ini...;)