Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

~EPL: Hodgson v. Kenny Dalglish



Perlawanan pada malam ini antara West Brom & Liverpool di The Hawthorns, Midlands. Pertembungan antara bekas pengurus Liverpool (Roy Hodgson) dan pengurus Liverpool kini Kenny Dalglish.

Pada awal musim, Liverpool berjaya menang 1-0 ke atas West Brom di Anfield.

Pemain: Liverpool mungkin tidak tergesa-gesa untuk menurunkan Steven Gerrard yang baru sembuh dari kecederaan. Tempat SG mungkin akan diisi oleh Jay Spearing yang beraksi baik sewaktu perlawanan sebelum ini. Apapun, yang dinanti-nanti adalah gandingan Andy Carroll & Luis Suarez. Kita nantikan KICK OFF malam ini.

Bagi yang ingin menonton, pilihan anda:

Astro Channel 812 : SAT 02-Apr 21:55 (9.55malam) West Bromwich Albion vs. Liverpool

Bagi yang ingin menonton online: Sila ke sini > http://imranirsyad.blogspot.com/2011/03/tengok-bolaepl-secara-online.html

~Safee Sali bantu Pelita Jaya



SELEPAS tewas tipis pada dua perlawanan lalu, Safee Sali bangkit menjaringkan dua gol untuk memberikan mata penuh kedua buat Pelita Jaya FC sejak penyerang kebangsaan itu menyertai Liga Super Indonesia (ISL) bulan lalu.

Pada perlawanan menentang kelab Bontang FC dari Kalimantan semalam, Safee terpaksa menunggu sehingga ke babak kedua untuk melunaskan harapan peminatnya, baik di Malaysia mahupun Indonesia, sebelum meledak dua gol untuk Pelita Jaya.

Safee membuka jaringan pada minit ke-61 dan menjadikan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-75, sebelum Bontang FC yang menduduki tangga tercorot ISL, merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

Kedudukan Terkini Liga Super Indonesia:


~Tengok Bola/EPL Secara Online



Anda boleh menonton bola secara online, ada beberapa rakan ingin mengetahui bagaimana cara untuk menonton bola secara online. Di sini inginlah berkongsi kepada semua berkaitan kemudahan ini.

Untuk menonton secara online, anda dikehendaki menggunakan Internet Explorer. Seterusnya, layari laman web LIVEFOOTBALLTVS.

Tiada pendaftaran diperlukan, hanya ke laman web tersebut. Namun ada arahan yang perlu diikuti seperti memuat turun Player yang dikehendaki.

Sekian, perkongsian yang ingin dikongsi. SELAMAT MENCUBA.