Apa rancangan akan datang, 2013?

Pantas masa berlalu, tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya. Pasti pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi. Apakah yang telah anda capai tahun ini? Tercapaikah apa yang dirancang?

Dalam tahun ini, rahmat paling utama yang kami terima adalah puteri pertama kami. Tiada apa yang lebih bermakna daripada itu. Alhamdulillah.

Biarpun rintangan kunjung tiba menduga kami, syukur pada-Nya, Dia yang Maha Mengetahui apa jua yang telah ditetapkan kepada hamba-Nya.

Pada asalnya, saya merancang untuk memiliki sebuah rumah sendiri dalam tahun ini, namun tidak kesampaian. Tidak mengapa.

'Apa perancangan untuk tahun 2013?', akan ditanya oleh kenalan anda dalam beberapa ketika nanti.