~Sedetik Lebih by Anuar Zain~


Dedicated to my fiance...

~My Way~ Frank Sinatra by Robbie Williams



teringat ada yang pertama kali dengar lagu ni...asalnya dinyanyikan oleh Frank Sinatra, video dinyanyikan oleh Robbie Williams...selalunya lagu ni dimainkan sewaktu kem motivasi dan pelbagai...selamat menghayati...:)

~DENGAR YA....~

~Tanpa Arah Tuju di Mines Serdang~

hari ini lawatan sambil belajar ke Mines Serdang...hari ni betul2 merehatkan badan sehingga 1.30 petang...setelah tak tahu nak buat apa2, mengambil keputusan untuk ke MINES, setelah sekian lama tak ke sana...bersama-sama Canon PowerShot A495, melihat suasana di sana...


lihat ikan-ikan yang besar di MINES, mungkin umur ikan2 ni sama dengan umur MINES...menakjubkan...

pengunjung berpeluang untuk memberi makan kepada ikan-ikan yang kebuluran...dah la ramai ikannya, pastu besar2...seronok la ikan2 ni...:)

bot keluar masuk membawa pengunjung...tapi arini xla naik bot, sebab merempit je dari rumah..hehehe...

setelah berpusing2 di MINES tanpa tentu hala, singgah ke McD, mula-mula macam nak makan SUBWAY, tapi ramai pula orang, seat xda (padahal jalan tengok2 gitu je)...next time for SUBWAY...jadi merasa la ayam goreng McD SPICY....uish, pedasss...

dah kenyang,...boring xtau nak buat apa...BALIKKK....antara serdang dengan bangi HUJANN, sampai rumah 20% baju basah...apapun selamat sampai rumah...alhamdulillah...

~Detox Foot Patch~ FOR SALE


teman2 dan rakan2 yang ingin membeli Detox Foot Patch bolehlah berhubung, baik untuk kesihatan badan juga..terutama yang mengalami pening2, tampal di tapak kaki sebelum tidur...

~Celine Dion & Il Divo I Believe In You~

lagu yg amat diminati, something special la katakan...jangan pelik kalau bahasanya lain dari bahasa melayu/inggeris...LAYAN..

~Mamee Bujang Siap~


zaman bujang, mi segera (megi) merupakan makanan asas dalam kehidupan, mak ayah mesti kesian kalau dapat tau, mesti suruh kawin cepat, sebelum kawin cubalah megi SEKARANG...

~ini, saya punya~ nak buat sendiri ye...:)

~Liverpool 2-0 Stoke City~ di Anfield



yeay, Liverpool menang lagi, dengan jaringan Meireles & Luis Suarez, tanda awal bahawa Torres sememangnya tidak diperlukan di Anfield. namun, Liverpool berdepan perlawanan yang agak sukar Ahad ini. menentang Chelsea di Stamford Bridge. perlawanan sebelum ini di Anfield, ketika di bawah kelolaan Hodgson, Liverpool gagal menang, diharapkan Liverpool akan menang...)

~YNWA~

~Happy Chinese New Year~

ucapan Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh warga Malaysia terutamanya warga Cina yang sedang menyambut...:)

p/s: bunyi mercun kedengaran sayup di sini, kalau di Johor, belakang rumah orang bakar MERCUN..

~Tiramisu~TV3

sejenak melayan cerita TIRAMISU kat www.tonton.com.my (al-maklum bilik tiada TV), episod 23 sebentar tadi. tanpa melihat episod 22, si Dani macam tak ada perasaan pada si Tina, cuba ngurat Melur, tapi FAIL. tapi yang buat kacau, kawan lama si Melur kembali, boleh pula ajak teman dinner atas alasan clientnya suami isteri (risau si isteri tiada teman berbual)...


ntah macam dah rancang, Melur & kawan dia terserempak ngan family Dani & family Tina (parents pakat nak satukan Dani & Tina).. tak boleh tahan, Dani buat muka 10sen, muka sedih. mak Tina boleh pula cakap Melur tu teman perempuan kawannya.

tunggu esok di Tonton... :)

"You Never Walk Alone~"


sekian lama, tiap hari melihat apa yang terkini tentang LIVERPOOL. malam ni ada match tapi tak mungkin pergi menonton, esok ada kerja yang perlu diselesaikan di pejabat. dengan perpindahan Luis Suarez & Andy Carroll diharapkan kecemerlangan Liverpool selepas menang 2 perlawanan sebelum ni. You Never Walk Alone ("YNWA") ....

malam ni, Liverpool akan bertemu Stoke City di Anfield, menanti suatu yang +ve. :)

"Pembuka Langkah Kata"

assalamualaikum w.b.t. dan salam bicara buat semua,

izin diri membuka kata-kata dalam blog yang tidak seberapa ini, hanya sebagai diari masa lapang. tiada yang terlalu menarik jika ingin dibandingkan dengan yang lain. hanya sebagai wacana penghias diri bagi diri dan insan yang disayangi.di samping bertemu rakan-rakan baru, moga perkongsian seumpama ini mencapai suatu yang lebih bermakna.

"Indahnya Sempurna"

DISEBALIK IMRAN IRSYAD