Kita Berdoa Tapi Tak Sedar? Bacalah & Hayati

Tergerak hati untuk berkongsi dengan rakan-rakan serta pengunjung blog ini,,,tadi sewaktu selesai Solat Maghrib, terbaca satu kertas bercetak dengan risalah berkaitan doa yang kita tidak sedar...

Masa bila yang kita tidak sedar???

Rakan-rakan,,,sewaktu kita menunaikan solat,,semasa duduk antara 2 sujud itulah kita telah berdoa...

Bacaan ketika kita duduk itu, biarpun ada rimanya, sebenarnya doa yang cukup sempurna...

Rabbighfirli (Tuhanku, Ampuni Aku)

Warhamni (Sayangi Aku)

Wajburnii (Tutuplah Aib-aibku)

Warfa'nii (Angkatlah Darjatku)

Warzuqnii (Berilah Aku Rezeki)

Wahdinii (Berilah Aku Petunjuk)

Wa'aafinii (Sihatkan Aku)

Wa'fuannii (Maafkan Aku)

Mungkin ada di antara kita yang tidak sedar, insya-Allah bila kita mengetahui kita akan lebih yakin & khusyuk serta mentaati Allah s.w.t.

Bayangkan kita bersolat 5 waktu sehari semalam, 17 kali kita membaca doa tersebut..kalau 1 tahun membawa jumlah 6205 kali...Rugi jika kita tidak melaksanakan dengan bersungguh-sungguh..

Insya-Allah, sebarkanlah perkara baik kepada rakan-rakan anda, Allah Maha Pemurah...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)