Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam: 265 Kekosongan

SPA mencari pencari kerja yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Kini terdapat 265 kekosongan jawatan untuk jawatan berikut:

IJAZAH:
1. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 (60 kekosongan)
2. Pegawai Kebudayaan Gred B41 (6 kekosongan)

DIPLOMA:
1. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S27 (34 kekosongan)

SPM
1. Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 (133 kekosongan)

KELAYAKAN BAKAT
1. Ahli Muzik Pelbagai Gred (32 kekosongan)

Permohonan boleh dibuat secara online sahaja. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 5 Ogos 2012 (Ahad) jam 11.59 malam.

Teleskop Saham Felda Global Ventures Holding

Insya-Allah saya akan mengemaskini perkembangan saham FGV di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Dengan adanya Teleskop ini, kita dapat melihat naik turun saham yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia, terutamanya warga Felda.
30 Jul 2012 05:16PM - 5.150 (-)
27 Jul 2012 05:15PM - 5.150 (-0.040)
26 Jul 2012 05:15PM - 5.190 (-0.060)


25 Jul 2012 05:15PM - 5.250 (-0.050)


24 Jul 2012 05:15PM - 5.300 (-)
Hari ini saham mencapai tahap minimum di 5.270. Namun kembali naik sebelum pasaran ditutup.

Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 1433H

Saya amat berbesar hati ingin mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh masyarakat Islam. Moga kita mendapat keberkatan sepanjang menjalankan ibadat puasa.


(BERITA HARIAN) KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran radio dan televisyen sebentar tadi. Perisytiharan tarikh itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183 maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Temasya Olimpik London 2012

Hanya tinggal 10 hari sebelum temasya terkemuka dunia memulakan acara. Olympic London 2012 kini kembali sekali lagi. Tahun 2012 menyaksikan sukan olimpik akan diadakan di London, sebelum ini pada 2008 berlangsung di China. Di bawah adalah jadual acara yang dipertandingkan:

Rakyat Malaysia pasti akan fokus kepada satu acara yang popular buat masa kini, iaitu sukan Badminton. Dalam acara badminton, sudah tentu Lee Chong Wei akan mendapat perhatian.

Cubaan Menghasilkan Produk Sendiri

Pada awal bulan Julai 2012, saya telah berjaya mendaftar satu laman web belajarkomputer101.com. Satu cubaan untuk menawarkan produk sendiri kepada umum. Sekian lama teringin untuk melaksanakan projek yang seumpama itu.

Jadi apa sebenarnya yang terkandung dalam BelajarKomputer101? Ringkasnya, laman ini menawarkan satu DVD yang mengandungi pembelajaran komputer, teknik dan panduan berkaitan komputer.

Seharian membantu klien-klien menyelesaikan masalah komputer, maka saya tergerak untuk memuatkannya dalam satu DVD. Juga tips untuk menjana duit ada saya kongsikan.

Mungkin ada yang tak mengenali saya. Kini saya sedang mengurus dan melaksana penyelenggaraan sistem untuk Polis, sejak Jun 2011.


Anda boleh melawat www.belajarkomputer101.com untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Jom belajar komputer.