Apa rancangan akan datang, 2013?

Pantas masa berlalu, tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya. Pasti pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi. Apakah yang telah anda capai tahun ini? Tercapaikah apa yang dirancang?

Dalam tahun ini, rahmat paling utama yang kami terima adalah puteri pertama kami. Tiada apa yang lebih bermakna daripada itu. Alhamdulillah.

Biarpun rintangan kunjung tiba menduga kami, syukur pada-Nya, Dia yang Maha Mengetahui apa jua yang telah ditetapkan kepada hamba-Nya.

Pada asalnya, saya merancang untuk memiliki sebuah rumah sendiri dalam tahun ini, namun tidak kesampaian. Tidak mengapa.

'Apa perancangan untuk tahun 2013?', akan ditanya oleh kenalan anda dalam beberapa ketika nanti.

Page Emas & Perak di FB

Hari ini saya mengambil langkah proaktif untuk membuka satu page di FB dengan tajuk Emas Perak.

Melalui page tersebut, saya akan sedaya upaya untuk update senarai harga emas & perak yang ditawarkan daripada Public Gold. Ini memandangkan saya bermula dengan PG. :)

Mungkin ada yang tak faham jika sekadar melihat graf, jadi inisiatif yang ada adalah dengan merujuk harga jual & beli semasa.

Untuk mula meng'like', tekan link di bawah:
https://www.facebook.com/pages/The-Emas-Project/113781508781042

Mula Menyimpan Aset Untuk Masa Depan

Salam aidiladha buat semua,

Setelah memerhati, mendengar dan memahami kepentingan menyimpan aset, Alhamdulillah saya telah bertindak untuk menyimpan aset dengan permulaan yang amat kecil. Lebih baik bermula walaupun dengan kuantiti yang kecil daripada tidak ada langsung.

Jadi apa aset yang saya maksudkan?

Aset yang saya maksudkan adalah EMAS dan PERAK.

Kenapa dua benda itu wajar dijadikan aset?

Pusat Sumber Artwork Berguna | SELLING NOW .ai Waktu Solat WP 2013

Artwork berguna dalam file PDF atau AI (illustrator).
Boleh digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk buat poster, wallpaper sendiri atau untuk klien anda.

JIMAT MASA... 

Berminat untuk dapatkannya?

Khidmat untuk Masyarakat & Khidmat Masyarakat

Berbagai-bagai program yang diadakan oleh pelbagai organisasi di negara ini. Ada yang memberikan bantuan, jamuan makan, derma, sumbangan dan sebagainya. Malah organisasi disarankan untuk melaksanakan program berbentuk Khidmat Masyarakat selain dari menjalankan operasi harian mereka.

Musim perayaan Aidilfitri yang baru sahaja lepas, dapat dilihat pelbagai jamuan aidilfitri di merata tempat. Tetamunya yang teristimewa adalah anak-anak yatim. Sudah pasti banyak duit raya telah diberikan. Ucapan syukur atas pemberian yang diberikan.

Namun fikirkan dan renungkanlah, sama ada program seumpama ini seikhlasnya khidmat untuk masyarakat atau pelengkap program Khidmat Masyarakat yang ditetapkan dalam pencapaian suatu organisasi. Malah alangkah kurang sedap jika program seumpama ini dibuat semata-mata menarik publisiti sesuatu organisasi.

Selain itu, program tersebut pelengkap untuk mengurangkan kadar cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan.

Kenyataan Adalah Andaian 1

BERITA SUKAN 

Setiap masa berbagai-bagai peristiwa yang berlaku dalam kehidupan tidak kira manusia, haiwan, serangga, tumbuh-tumbuhan dan apa jua ciptaan yang ada di alam ini. Tanpa disedari tidak semua yang kita ketahui adalah semua yang berlaku.

Peristiwa yang berlaku dilabelkan dalam bab-bab tertentu, iaitu, isu semasa, politik, hiburan, sukan, ekonomi dan lain-lain. Bab-bab ini boleh didapati melalui surat khabar, majalah, buletin, televisyen, radio dan sebagainya.

Kenyataannya tidak semua mengetahui akan setiap peristiwa yang berlaku. Sebenarnya setiap peristiwa yang dilaporkan adalah andaian. Manusia tidak akan terlepas daripada membuat andaian walaupun mereka menyangka itu adalah kenyataan.

"25 juta rakyat Malaysia menyokong perjuangan atlet negara di Sukan Olimpik London 2012" ujar pembaca berita di televisyen. Suatu andaian yang mampu memberi impak positif kepada atlet. Dengan harapan bersemangat menghadapi cabaran sukan yang disertai.

Menulis Novel ke Mencetak Novel

Novel adalah bahan bacaan yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya golongan muda. Golongan ini lebih meminati novel yang bertemakan CINTA. Ada segelintir penulis novel, mendapat ilham daripada pengalaman peribadi dan ada juga yang berfantasi.

Dalam proses menerbitkan sesebuah novel, penulis lebih mengemari untuk menjual hasil karya mereka kepada syarikat penerbitan yang sedia ada. Ini kerana beranggapan lebih mudah di pasarkan. Hanya sedikit bilangan yang ingin bermula daripada sifar. Tidak dinafikan juga ada penulis yang menggunakan khidmat syarikat penerbitan dan juga menerbitkannya sendiri.

Menulis adalah lebih sukar daripada mencetak. Anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah NOVEL. Namun bagi kilang percetakan, ianya untuk pengeluaran 1000 naskah sebagai contoh hanya memerlukan tempoh paling kurang 1 minggu sahaja.

Sewa PA System di Taman Warisan Pertanian & Damansara Bistari

Hujung minggu lepas, jadual saya padat dengan sewaan PA System di dua lokasi berbeza. Lokasi pertama yang berlangsung pada 8 September 2012, di Taman Warisan Pertanian, Precint 16, Putrajaya. Manakala pada 9 September 2012 berlangsung di ruang  tempat letak kereta Pangsapuri Damansara Bistari, Seksyen 19, Petaling Jaya.

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan pengantin. Moga anda bahagia di dunia & akhirat.

Ini pemandangan sewaktu di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya.

Penurunan kepada 4.850 Saham Felda (FGVH)


Hasil daripada pemerhatian terhadap saham FGVH di Bursa Saham Kuala Lumpur mendapati saham tersebut mengalami penurunan berterusan. Sepanjang pemantauan, didapati saham FGVH berada pada tahap 5.00 sepanjang negara menyambut perayaan Aidilfitri.

Namun begitu, dalam minggu ini penurunan kian dilihat dari semasa ke semasa. Ini jelas dapat dilihat semalam, selepas saham mengalami penurunan sebanyak -0.150. Takat ini merupakan penurunan terbesar pernah berlaku.

Selain itu, pengumuman dividen sebanyak 5.5 sen sesaham memberikan nafas kewangan kepada pemegang saham terutama yang terdiri daripada peneroka Felda.

Tidak ketinggalan juga, terdapat pelbagai spekulasi berkaitan penurunan saham Felda.

Pengumuman Transformasi Percetakan

Kini dengan berbesar hati, saya ingin memaklumkan bahawa blog Imran Irsyad akan disertakan dengan khidmat percetakan kami. Namun begitu, entri berkaitan isu semasa, ekonomi, sukan dan lain-lain terus dijelmakan.

Langkah ini adalah penting, supaya saya dapat fokus pada satu lokasi. Sejak daripada dulu, saya telah membuka berpuluh blog, kini saya perlu fokus. Platform I2 adalah terbaik.

Jangan lupa logo ini.

Apa yang kami cetak? Lihat koleksi iklan yang telah saya buat di sana-sini.

Cetak Buku dan Novel | Cetak Flyers A4 dan A3 | Khidmat Percetakan Buku dan Bahan Cetak | Mencetak Banner Bunting Buku Majalah Novel | Mencetak Banner Bunting

Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam: 265 Kekosongan

SPA mencari pencari kerja yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Kini terdapat 265 kekosongan jawatan untuk jawatan berikut:

IJAZAH:
1. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 (60 kekosongan)
2. Pegawai Kebudayaan Gred B41 (6 kekosongan)

DIPLOMA:
1. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S27 (34 kekosongan)

SPM
1. Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 (133 kekosongan)

KELAYAKAN BAKAT
1. Ahli Muzik Pelbagai Gred (32 kekosongan)

Permohonan boleh dibuat secara online sahaja. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 5 Ogos 2012 (Ahad) jam 11.59 malam.

Teleskop Saham Felda Global Ventures Holding

Insya-Allah saya akan mengemaskini perkembangan saham FGV di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Dengan adanya Teleskop ini, kita dapat melihat naik turun saham yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia, terutamanya warga Felda.
30 Jul 2012 05:16PM - 5.150 (-)
27 Jul 2012 05:15PM - 5.150 (-0.040)
26 Jul 2012 05:15PM - 5.190 (-0.060)


25 Jul 2012 05:15PM - 5.250 (-0.050)


24 Jul 2012 05:15PM - 5.300 (-)
Hari ini saham mencapai tahap minimum di 5.270. Namun kembali naik sebelum pasaran ditutup.

Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 1433H

Saya amat berbesar hati ingin mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh masyarakat Islam. Moga kita mendapat keberkatan sepanjang menjalankan ibadat puasa.


(BERITA HARIAN) KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran radio dan televisyen sebentar tadi. Perisytiharan tarikh itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183 maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Temasya Olimpik London 2012

Hanya tinggal 10 hari sebelum temasya terkemuka dunia memulakan acara. Olympic London 2012 kini kembali sekali lagi. Tahun 2012 menyaksikan sukan olimpik akan diadakan di London, sebelum ini pada 2008 berlangsung di China. Di bawah adalah jadual acara yang dipertandingkan:

Rakyat Malaysia pasti akan fokus kepada satu acara yang popular buat masa kini, iaitu sukan Badminton. Dalam acara badminton, sudah tentu Lee Chong Wei akan mendapat perhatian.

Cubaan Menghasilkan Produk Sendiri

Pada awal bulan Julai 2012, saya telah berjaya mendaftar satu laman web belajarkomputer101.com. Satu cubaan untuk menawarkan produk sendiri kepada umum. Sekian lama teringin untuk melaksanakan projek yang seumpama itu.

Jadi apa sebenarnya yang terkandung dalam BelajarKomputer101? Ringkasnya, laman ini menawarkan satu DVD yang mengandungi pembelajaran komputer, teknik dan panduan berkaitan komputer.

Seharian membantu klien-klien menyelesaikan masalah komputer, maka saya tergerak untuk memuatkannya dalam satu DVD. Juga tips untuk menjana duit ada saya kongsikan.

Mungkin ada yang tak mengenali saya. Kini saya sedang mengurus dan melaksana penyelenggaraan sistem untuk Polis, sejak Jun 2011.


Anda boleh melawat www.belajarkomputer101.com untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Jom belajar komputer.

Gambar Sekitar BERSIH 3.0 - 28 April 2012

Sumber daripada pelbagai jurugambar. Sekadar berkongsi.

Jumlah Gambar: 117


Dilema Liverpool

Hujung minggu lalu, kita dapat menyaksikan Liverpool telah ditewaskan oleh West Brom kendalian Roy Hodgson di laman sendiri, Anfield. Selepas 45 tahun, West Brom berjaya menang ke atas Liverpool di Anfield. Dalam perlawanan tersebut Steven Gerrard tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama dan simpanan. Menurut ulasan Daglish, ia adalah langkah berhati-hati terhadap kecederaan yang masih dialami oleh kapten LFC itu.

Gol oleh Peter Odemwingie menyebabkan LFC kehilangan 3 mata penting dalam perlumbaan memperbaiki kedudukan dalam liga. Walaupun, perlawanan dikuasai oleh LFC, namun nasib tidak menyebelahi mereka bukan sahaja dalam perlawanan malah sepanjang musim ini.

Petronas Terus Pulangan Positif

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu serta harga minyak yang kian naik, pendapatan Petronas terus melonjak. Hasil daripada merujuk laporan yang dikeluarkan Petronas (Third Quarter Ended 31 December 2011).

Sebahagian daripada laporan:
Untuk mendapatkan laporan ini atau laporan lain, anda boleh terus ke Laman Web Petronas

Kompaun Saman 'The More You Delay', 'The More You Pay'

Pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip 'The More You Delay', 'The More You Pay'. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahuinya. Mari lihat kadar kompaun yang telah ditetapkan.

EPL: Liverpool Menjinakkan Wolves 3-0

 Liverpool mencatat kemenangan pertama tahun 2012 dengan memenangi 3-0 ke atas Wolverhampton Wanderers di Molineux pada malam Selasa.

Selepas separuh masa pertama, Andy Carroll membuka jaringan pada 52 minit hasil hantaran Charlie Adam.

Craig Bellamy menggandakan pendahuluan The Reds dengan menewaskan pertahanan Wolves. 2-0

Akhir sekali Dirk Kuyt memastikan kemenangan dengan menyumbat masuk gol peribadinya yang ke-50 untuk Liverpool apabila dia melepaskan sepakan dari sudut yang sukar berikutan serangan counter attack.

1.5 Juta Lulusan Kemahiran Diperlukan Akan Datang

Jangan risau untuk mereka yang berada di lapangan kemahiran. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia akan melakukan kajian untuk rakyat dalam jurusan kemahiran. Menteri Sumber Manusia turut mengulas perihal ini.

“Kementerian memandang serius perkara ini kerana industri negara amat memerlukan kemahiran mereka terutama menjelang tahun 2020 akan datang, sekurang-kurangnya 1.5juta tenaga kemahiran akan diperlukan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Soal Jawab bersama Penyedia Latihan Awam dan Swasta di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Bukit Kiara.

Menurut Subramaniam, kementeriannya juga mencadangkan untuk mewujudkan sebuah universiti kemahiran bagi membolehkan pelajar SKM melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan sarjana muda.

Dengan perubahan ini, pelajar SKM memperolehi peluang yang lebih luas dalam kerjaya.

Gunakan Pengangkutan Awam LONDON 2012

UNITED KINGDOM 31 Jan - Pihak penganjur LONDON 2012 telah memberi nasihat kepada pengunjung temasya bertaraf dunia itu supaya menggunakan pengangkutan awam yang disediakan. Ini adalah tindakan mengelakkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk. Dalam suasana biasa, keadaan lalu lintas di bandar London tersedia sesak terutamanya pada waktu puncak.

UITM: Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) 2012

Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) yang diperkenalkan sejak tahun 2003 ialah program kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan. Pada awalnya KAKS merupakan program yang distruktur serupa dengan program Skim Usahawan Siswazah (SUS). SUS merupakan program yang ditawarkan oleh Institut Keushawanan Negara bermula pada 1998 kepada graduan yang berminat menceburi bidang perniagaan. Kini, program KAKS diteruskan dengan modulnya tersendiri untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa yang berminat untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun fail di bawah :

Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 bagi PPPLD

Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 bagi PPPLD juga boleh dibuat melalui laman web http://apps.moe.gov.my/kdp/PPG_2012/PPGTAWAR/

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pendidikan Guru di talian
03-8884 1269/1270/1272/1271/1053

Semakan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan Penguasa Kastam Gred WK1-1

Semakan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan Penguasa Kastam Gred WK1-1 kini dapat disemak melalui Laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Semak sekarang di http://semakpe.spa.gov.my/go-home.php?ob=TAY&ac=01000

Semakan Penjadualan Temu Duga Penolong Penguasa Kastam Gred WK3-1 (Jabatan Kastam Malaysia)

Semakan Penjadualan Temu Duga Penolong Penguasa Kastam Gred WK3-1 (Jabatan Kastam Malaysia) kini boleh disemak melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pg.php

[ Tarikh Temu Duga: 14 Februari 2012 - 24 Februari 2012 ]

Semakan Penjadualan Temu Duga Pegawai Bomba Gred KB4-1 (Jabatan Bomba Malaysia)

Semakan Penjadualan Temu Duga Pegawai Bomba Gred KB4-1 (Jabatan Bomba Malaysia) kini boleh disemak melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php
[ Tarikh Temu Duga: 19 Februari 2012 - 24 Februari 2012 ]

Bagi anda yang masih belum menyemak, pastikan anda membuat penyemakan seterusnya bersiap sedia untuk temuduga tersebut.

ImranIrsyad mengucapkan selamat maju jaya.

Hari Minggu: AJL 26 KEPUTUSAN AKHIR

Persembahan Terbaik: KISAH HATI - ALIA
(Persembahan PATUNG)

Vokal Terbaik: AWAN NANO - HAFIZ
(Vokal T-Shirt, Trek & Selipar)

Tempat ke-3: KARMA - FAIZAL TAHIR

Tempat ke-2: BERIBU SESALAN - 3 SUARA
(Nak terjatuh tangga tadi..ishhh)

JUARA!!!: AWAN NANO - HAFIZ
Powerrr Dato' M. Nasir...."terima kasih ini semua, ini nasiblah..saya tak tahu nak cakap apa"
Budi.."kemenangan ini untuk semua yang ada dalam dewan dan luar dewan"....

HABIS SUDAHHH...

Berita BEST: Liverpool BERJAYA Sungkurkan Man.U

Harap tidak terlambat untuk berkongsi kegembiraan Liverpool mengalahkan Manchester United di Anfield untuk ke pusingan selanjutnya FA Cup. Keputusan berakhir 2-1 jaringan oleh Danial Agger & Dirk Kuyt serta Park Ji Sung. Cuba lagi MU season akan datang. HISTORY CHANNEL...


YOU NEVER WALK ALONE !!!!

Hari Minggu: AJL 26 3 SUARA, DASYAT VOKAL

3 jenis VOKAL, bolehkah mereka mendapat VOKAL TERBAIK AJL? Silau mata tengok baju yang berkilauan. ADUH. Ning leading ke depan baru diikuti yang lain.


Mula menjerit kesemuanya. Lagi sekali lagu Beribu Sesalan bergantung kepada vokal serta mesej dalam lagu. Tapi menurut pendapat isteriku, disebabkan kita selalu dengar mereka menyanyikan note tinggi. Kini terasa macam tak cukup tinggi lagi pula. Kita tengok kesudahannya nanti. FAIZAL: ...secara all out... Pun boleh.

Hari Minggu: AJL 26 TIDAKKK!!! Hafiz

Nampaknya Hafiz baru turun daripada laut. Jimat sikit kos baju. HEHEHE. Sebelum ini tiada lagi artis yang pakai seluar trek sahaja untuk nyanyi atas AJL. NICE.... Jadi sandaran lagu ini bergantung pada lirik serta vokal Hafiz sendiri. Bunyi buzz apa pula masa Hafiz nyanyi tadi? Mesej lagu memang mendalam. Jom dengar.


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Maafkan Hafiz PAK...Menyentuh JIWA.. Hafiz ditemani awan? HEHEHE..

Hari Minggu: AJL 26 Yuna Kali ke-2 PENAKUT


Yuna: Penakut

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Pentas penuh dengan LAMPU.. Banyak sungguh. Boleh menang ke lagu ke-2 YUNA. Kita lihat nanti.

Hari Minggu: AJL 26 Aizat dengan LUKISAN PASIR

Giliran Aizat membuat persembahannya. Lagu Sungai Lui. Dimulakan dengan Aizat menulis ayat atas lukisan pasir pemandangan kampung.




Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Info: Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat . Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu.

Penduduk di sini banyak mengusahakan dusun buah-buahan seperti durian, langsat, rambai dan tampoi. Ada juga yang menanam rambutan dan pisang . Tidak ada pula kelapa sawit . Beberapa keping papan tanda menunjukan mereka ingin menjual tanah . Dato' Yusuf Haslam mendirikan sebuah rumah di sini dengan papan tanda Casa d' Haslam.

Hari Minggu: AJL 26 Alia Menjadi PATUNG...WOW!!

Mula persembahan macam kabur juga tapi persembahan boleh tahan. Alia berpusing seperti Music Box yang biasa jadi hadiah kekasih dan sesiapa saja. Make-up pun menampakkan Alia macam patung. Good performance.


Tapi tidak pula sama seperti itu. Berpusing sahaja.

Layan...

Hari Minggu: Anugerah Juara Lagu (AJL) 26

Setelah berjalan ke sana sini, kini telah sampai rumah dan terus menonton TV3 untuk Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26). Sepanjang perjalanan dengar melalui HotFM. Antara lagu yang didengar melalui radio:


Wanita Seluruh Dunia: Projek Pistol


Gadis Semasa: Yuna


Kalau Berpacaran: Sohaimi Meor Hassan, Ana Rafalli & Altimet


Cinta Muka Buku: Najwa Latif


Baru sahaja lepas persembahan lagu nyanyian Faizal Tahir. Tahun ini kita dapat melihat kebakaran atas pentas. Mujur pentas banyak air..hehehe... Jom layan.

Karma: Faizal Tahir


Kali ini AJL dijuri oleh 30 orang juri diketua oleh Azmeer. Memang tidak boleh dipertikaikan nanti. Teruskan dengan ciptaan Manusia Putih. Siapa dia sebenarnya??

TV3: Red Cliff I Memang Best !!!

Semalam TV3 telah menyiarkan satu cerita Cina yang amat menarik, Red Cliff I. Kesannya aku terus cari link download Red Cliff II. Mana boleh tahan nak tunggu. Mari aku copykan info tentang cerita yang menarik itu.

Info:
Red Cliff adalah filem perang epik China berdasarkan Battle Red Cliffs (208-209 Masihi) dan acara-acara semasa akhir Dinasti Han dan dengan serta-merta sebelum tempoh Tiga Kerajaan di China purba. Filem ini diarahkan oleh John Woo, dan bintang-bintang Tony Leung, Takeshi Kaneshiro, Zhang Fengyi, Chang Chen, Hu Jun, Lin Chi-ling dan Zhao Wei.

Dalam Asia, Red Cliff telah dikeluarkan dalam dua bahagian, yang berjumlah lebih daripada empat jam panjang. Bahagian pertama telah dikeluarkan pada bulan Julai 2008 dan kedua pada Januari 2009.Di luar Asia, satu filem 2 ½ jam dibebaskan pada tahun 2009, walaupun versi dua-bahagian kemudiannya dibebaskan dengan DVD dan Blu-ray dalam Kingdom.With Kingdom bajet dianggarkan AS $ 80 juta, Red Cliff Asia paling mahal dibiayai filem untuk setakat ini. Bahagian pertama filem grossed AS $ 124 juta di Asia dan memecahkan rekod box office yang sebelum ini dipegang oleh Titanic di tanah besar China.

Part 1
Pada musim panas 208, semasa zaman Dinasti Han, tentera imperialis yang dipimpin oleh Canselor Cao Cao memulakan kempen untuk menghapuskan panglima perang selatan Sun Quan dan Liu Bei dalam nama pemberontak membasmi, dengan kelulusan enggan Maharaja Xian. Pasukan yang kuat Cao Cao pantas menakluk Jing Provinsi dan Pertempuran Changban dinyalakan apabila pasukan berkuda Cao mula menyerang orang awam di atas penghijrahan beramai-ramai yang diketuai oleh Liu Bei. Dalam pertempuran itu, pengikut Liu Bei, termasuk saudara-saudara bersumpah Guan Yu dan Zhang Fei, memberikan paparan hebat kemahiran pertempuran mereka dengan memegang musuh semasa membeli masa untuk orang awam untuk berundur. Pahlawan Zhao Yun melawan berani untuk menyelamatkan keluarga terperangkap Liu Bei, tetapi hanya berjaya menyelamatkan anak bayi Liu.

Selepas pertempuran, penasihat Liu Bei Zhuge Liang memulakan misi diplomatik untuk Jiangdong untuk membentuk satu pakatan antara tuan dan Sun Quan untuk menangani serangan Cao Cao. Ahd Quan pada mulanya di tengah-tengah dilema sama ada untuk menyerahkan atau menentang, tetapi keputusannya untuk menentang Cao Cao mengeras selepas pujukan pandai Zhuge Liang dan memburu harimau berikutnya dengan Zhou Yu wizurai beliau dan adik Sun Shangxiang. Sementara itu, komander tentera laut Cai Mao dan Zhang Yun Jing Provinsi ikrar taat setia kepada Cao Cao dan diterima mesra oleh Cao, yang meletakkan mereka dalam perintah tentera laut.

Selepas pembentukan terburu-buru perikatan, kuasa-kuasa Liu Bei dan Sun Quan panggilan untuk mesyuarat untuk merangka pelan untuk menentang tentera Cao Cao, iaitu kawasan yang pesat maju ke arah Cliff Merah dari kedua-dua tanah dan air. Peperangan bermula dengan Ahd Shangxiang mengetuai unit askar berkuda ringan untuk menarik berkuat kuasa barisan hadapan Cao Cao ke Lapan Pembentukan sekutu 'trigram. Berkuat kuasa barisan hadapan ditewaskan oleh sekutu tetapi Cao Cao menunjukkan tiada kekecewaan dan hasil untuk memimpin tentera utama ke tebing Sungai secara langsung bertentangan dengan kem utama sekutu ', di mana mereka membuat kem. Sementara sekutu membuang satu jamuan untuk meraikan kemenangan mereka, Zhuge Liang memikirkan rancangan untuk menghantar Ahd Shangxiang untuk menyusup masuk ke kem Cao Cao dan menjalankan misi pengintipan.

Kedua-dua mengekalkan hubungan dengan menghantar pesanan melalui burung merpati. Filem ini berakhir dengan Zhou Yu menyalakan perang miniaturized di atas peta berdasarkan pembentukan pertempuran, menandakan rancangan untuk mengalahkan Cao Cao, tentera laut.




Jom tengok Part II...

Bila Man.U Mengalahkan Man.City

Baru sahaja selesai perlawanan FA Cup antara Manchester City v. Manchester United berkesudahan 2-3 memihak kepada Man.U. Malang Man.City, pemainnya Kompany dilayangkan kad merah pada minit ke-11. Separuh masa Man.U menguasai dan mendahului 3-0. Untunglah...

Mungkin nasib tidak menyebelahi Man.City manakala Man.U yang terlalu syok mendahului tanpa sedar mereka dikejar.

Namun apa yang pasti, malam ini malam Man.U. Terpadam peluang Man.City meneruskan FA Cup.

Keputusan lanjut: http://www.thefa.com/TheFACup/Results