Jambatan Tanpa Sambungan?

Tatkala berjalan-jalan semalam di Putrajaya semalam bersama housemate, melihat lagi sekali jambatan yang tiada penyambung...kadang-kadang bila difikirkan semula, rasanya tiada satu projek pembinaan yang dilihat terbengkalai, tapi jambatan ini ibarat terbengkalai..

Apa maknanya membina jambatan seumpama itu? Duit siapakah yang digunakan untuk membina jambatan tersebut?

Semalam perjalanan dimulakan dari rumah menuju ke gerai tepi jalan bersebelahan Shell Sg. Ramal, merasa kueh tiow sup. Selanjutnya perjalanan tanpa tujuan ke Putrajaya...Aku driver, jadi main bawa je keretanya, first landing di Monumen Alaf Baru, bila sampai tu, terkejut juga tengok bila sudah ramai orang yang datang ke tapak tersebut...

Setelah ke situ kami ke lokasi yang lebih menenangkan, kebetulan dah nak masuk waktu Maghrib, jadi mesti boleh agak di mana..Semestinya masjid besi...

Selesai sahaja maghrib, perjalanan pulang ke rumah. Tiba pada 8.15 malam..

Apa anda rasa pasal jambatan itu?

1 comment:

  1. tu x silap jmbtn projek monorel kat putrjya.
    projek xjd sbb bajet x dluluskn sjak thun ble tah.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)