18 Mei 2011. Kenderaan ke Petaling Jaya terperangkap dalam kesesakan selepas kerajaan mansuhkan kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac). - Bernama
Kebiasaannya kalau cerita jalan tol percuma atau tiada tol, mesti jalan jadi sesak sangat sebab mungkin ramai yang nak rasmikan...tapi kesudahannya semua tersangkut agak lama dalam kesesakan...
Berita baik selepas kerajaan memansuhkan kutipan untuk tol tersebut..diharapkan pemandu dapat memanfaatkan penggunaan jalan tersebut..kami memang tak berapa nak lalu sangat jalan tersebut...jelas pemandu kena buat rancangan perjalanan semula supaya kesesakan seumpama ini dapat dielakkan...
Adakalanya pemandu perlu mengetahui jalan alternatif untuk ke lokasi yang ingin dituju,, ada lokasi yang mempunyai cabang jalan yang banyak, ada juga yang terhad cabangnya..situasi ini banyak berlaku di jalan-jalan sekitar Selangor & Kuala Lumpur...
Sebagai contoh, jika anda dari ke Bangi hendak ke Shah Alam, anda boleh ikut jalan Puchong, tol RM 1.60 x 2 kali...keluar di Hicom...atau ingin melalui Kesas, tol Plus dari exit Bangi RM 2.70 + RM 2.20 (Kesas) keluar di Proton/Hicom...atau ikut L/Raya Persekutuan, RM2.70 + RM1.10...jika anda mahir dari jalan Bangi ke Shah Alam, anda boleh mengelakkan tol..jarak jalan tol & tanpa tol perbezaan 3-5km sahaja...
Rancanglah jadual pemanduan anda, kenalpasti laluan yang ingin diikuti dan pastikan keselamatan serta tidak menyusahkan pemandu yang lain...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen yang diberikan..:)