Tiket ETS KL Sentral ke Ipoh

Insya-Allah esok, aku akan bertolak ke IPOH untuk melangsungkan perkahwinan..hehehe..BERDEBAR x? Mestilah...

Ahad lepas telah aku membeli tiket di KL Sentral, tercari-cari juga mulanya kaunter ETS ni..rupanya di tingkat atas, kalau naik escalator dari bawah dia belah kiri depan kaunter Air Asia..


Ini pengalaman naik ETS kali ke-2, sebelum ni dah naik sekali tapi tiket SILVER sahaja, habis semua hentian dia singgah, tu yang lama..tapi kali ini, tiket aku ada tulis PLATINUM.. tengok ni..


untuk pengetahuan semua, ETS Platinum hanya melalui 3 stesen sahaja iaitu KL Sentral, Kuala Lumpur & Stesen Ipoh...dua yang lain macam GOLD & SILVER boleh refer peta di bawah ni...


mungkin akan datang, anda ingin mencuba, jadi bolehlah mencuba..selesa pun YA...tren lagi laju, amat berbeza nak dibandingkan dengan keretapi biasa, aku pernah naik juga..JB ke Kajang...6 jam, tapi tak penat sangat sebab boleh berjalan-jalan sana sini..hehehe..

apa pun, doakan PERJALANAN saya selamat ya..bagi yang nak mencuba, SELAMAT MENCUBA...

SOKONGLAH KAMI....

2 comments:

  1. Thx!
    I google ets counter kl sentral utk cari lokasi counter!!

    -wenkt-

    ReplyDelete
  2. insyaallah akan ke ipoh esok ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)