Cerita Hampir Penuh: Nur Kasih The Movie

Sebagaimana yang telah diberitahu dalam pos/entri terdahulu, aku telah singgah untuk menonton Nur Kasih The Movie...Tak perasan? Baca entri sebelum ini..Baiklah, sebelum aku menceritakan apa kisah dalam movie ini, tengok dulu trailer di bawah ya...


Ok sudah ditonton? bagus...

Ceritanya seperti berikut:

Babak awal dimulakan dengan kanak-kanak bermain bola di landasan kereta api (telah dipanggil oleh ibu mereka kerana ada kereta api nak lalu), kemudiannya sebuah kereta api melintasi padang pasir di Jordan..

Selang beberapa ketika, letupan berlaku pada kereta api tersebut...

6 BULAN SEBELUM..............

Babak Adam & Nur Amina di padang sawah....Masih ingat Nur???Ingat abang...

Kelihatan Aidil duduk di surau sedang membaca Surah Yasin tapi tersangkut-sangkut (KENAPA?)...Ini kerana isterinya telah meninggal dunia...Macam mana? tunggu aku cerita dulu...

Aidil memang amat kecewa dengan apa yang berlaku, beliau ditinggalkan bersama-sama 2 orang anak (LELAKI & PEREMPUAN)...Adam cuba memujuk, semua cuba memujuk, sedangkan anak-anaknya terasa akan kehilangan yang dialami...



Sementara itu, Nur Amina berharap untuk mendapatkan CAHAYA MATA..Selang beberapa ketika, Nur mendapat panggilan dari doktor yang menyatakan beliau mengandung..DALAM TRAILER ada tunjuk Adam bawa kereta terbabas..TIME DALAM WAYANG, PENONTON GELAK SEKETIKA..

Dibuatnya macam-macam untuk sedia menyambut kelahiran anak mereka.. Rumah dihias.. Pelbagai lagi..

Sambil itu, Nur & Adam menjaga satu kelas bimbingan (KELAB REMAJA & KANAK-KANAK), mendidik remaja yang kurang didikan agama..Bezanya budak perempuan tidak pakai tudung, duduk agak bergaul.. Sebab liar sangat kerana kalau dipaksa pasti mereka akan menolak..Pada suatu hari ada ustaz jemputan, Ustaz tersebut terkejut jadi dia sound la si Adam, MATLAMAT TAK MENGHALALKAN YANG HARAM...

Malam itu, Adam amat kecewa dengan sikap Ustaz tersebut.. Masa yang sama juga kelihatan Nur berdiri kaku, dilihat darah mengalir ke bawah...KANDUNGAN GUGUR...

Adam amat KECEWA, akhirnya dapat dipujuk oleh Aidil...

Nur & Adam pergi ke Umrah, melancong ke Jordan..Dalam satu ketika, Adam bermimpi pasar yang dikunjungi diserang oleh pengganas, lalu Nur ditembak..TAPI MIMPI...

Pelancongan diteruskan, mereka menaiki kereta api, tatkala Adam hendak kembali ke kabinnya, kereta api tersebut telah melanggar LORI MINYAK yang tersangkut di landasan...SEHINGGA KERETA API TERSEBUT MELETUP...

Adam sedar tapi kepeningan, mencari Nur..Dilihatnya Nur terbaring tidak sedarkan diri...LALU Adam mengadap ke langit & BERDOA "Ya ALLAH,....kau ambillah apa saja tapi jangan NUR..."

Sejurus itu, Nur terjaga...Adam amat bersyukur...

Sekembalinya di hospital dekat Jordan, Adam melihat cincin yang dipakai oleh Nur tiada, terdiam seketika..

Keesokan harinya, Nur terjaga, melihat satu nota dari Adam.."...Abang pergi mencari cincin...Doakan jumpa Insya-Allah"..

ADAM ke tempat di mana kereta api tersebut meletup & mencari cincin tersebut...

NUR risau, dalam televisyen keluar berita ribut akan melanda Jordan..selepas 12 jam tidak kedengaran berita Adam, lalu Nur meminta bantuan polis Jordan..Dicari-cari namun tidak ketemui..

Pulang saja ke kantor polisi, terlihat Aidil..Lalu mereka berdua mencari merata-rata..Tidak juga ditemui..Sehingga menyebabkan Nur terjatuh seketika..Wanita tempatan di situ bercakap dalam bahasa Arab kepada Aidil, "Bawa dia pulang, dia perlu berehat, dia MENGANDUNG..."

Aidil tak beritahu pada Nur tapi dicuba menyuruh pulang, biar dia sahaja yang pergi mencari..Namun Nur hendak terus mencari..

Sampailah di sekitar kawasan letupan, kelihatan orang tempatan, mereka bertanya, tapi tidak mereka jumpai..Akhir sekali Nur terfikir tentang 2 orang budak yang datang ketika kereta api meletup..Dia dengan laju telah melukis raut wajah budak tersebut..Lalu dibawa ke tempat orang tempatan tersebut..

AKHIRNYA jumpa Adam, ditunjukkan CINCIN NUR sekali,,,memang dramatik diceritakan bagaimana Adam boleh ada di situ & mendapat cincin itu semula...

Pulangnya ke Malaysia, Adam dimasukkan ke HOSPITAL..Kata doktor, bahagian luaran boleh sembuh tapi serpihan letupan waktu berada di Morocco dulu menyebabkan keadaan jantungnya kritikal..

Sampai ke rumah, Adam makin ingin putus asa dan redha seandainya takat itu sahaja hayatnya..Tapi Nur tak bersedia & dia menunjukkan sedang MENGANDUNG...Adam terkejut & bersyukur...

Adam terus berusaha untuk terus sembuh, tapi pada masa yang sama bil hospital melambung sampai RM23 ribu, Nur tergamam seketika dengan nilai yang banyak & masa yang sama tawaran reka bentuknya sering ditolak..Sehingga satu perjumpaan dengan seorang pengurus (JEHAN MISKIN) meminta Nur untuk mereka bentuk sebuah kelab untuknya, tapi Nur menolak...

Satu ketika, Adam makin nazak..Masa yang sama Aidil terserempak dengan anak muridnya (perempuan), tiba-tiba datang pakwe perempuan itu menuduh Aidil merampas makwe dia (PADAHAL tak)..dibelasahnya Aidil..Sampai datang kumpulan lelaki itu membelasah Aidil.

Tiba-tiba datang budak didikan Adam yang lawat dia di hospital..Dia membantu Aidil, tapi lelaki samseng itu telah menghayun batang paip ke kepala budak tersebut sehingga menyebabkan dia mati...

Setibanya di hospital, Aidil memanggil Nur dengan keadaannya yang berlumuran darah, "ABANG DAH ADA PENDERMA"...Budak tadilah yang menjadi penderma untuk ADAM..

Ada satu babak lepas itu, NUR (sudah tua), dipanggil AIDIL (sudah tua)...Aidil membacakan diari yang ditulis oleh Adam berkaitan cinta Nur & Adam dari mula..Dilihat seperti Nur TUA lupa apa yang berlaku..

Adam TUA, tengah duduk, rupanya telah meninggal dunia...Nur TUA mengucap INNALILLAH...

(ingatkan dah habis tapi ada lagi sikit)

Aidil TUA ajak NUR tua untuk balik ke rumah, datang ELIAS anak Aidil (Norman Hakim)..Sampai ke rumah, anak beranak bersalaman...Berdiri di tingkap seorang pemuda, lalu Nur TUA mendekati pemuda tersebut..Di pegang mukanya, Nur TUA berkata, "Ini Saif, abang - anaknya", dipeluk anaknya..

TAMAT....

Begitulah tadi antara apa yang ingat dikepala ini...Terasa nak tengok, silakan....

5 comments:

  1. belum tgok lagi crita ni..insyaAllah if ade rzki nnti..hee

    World of Ad-Dien (WADi)

    ReplyDelete
  2. tengok2, jangan tak tengok...hehehe...

    mana yg baik tu boleh dijadikan contoh...

    ReplyDelete
  3. best jgk.. tringin nk tgk,, hee tp xdak msa lah (:

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)