Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Gambar Sekitar BERSIH 3.0 - 28 April 2012

Sumber daripada pelbagai jurugambar. Sekadar berkongsi.

Jumlah Gambar: 117


1.5 Juta Lulusan Kemahiran Diperlukan Akan Datang

Jangan risau untuk mereka yang berada di lapangan kemahiran. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia akan melakukan kajian untuk rakyat dalam jurusan kemahiran. Menteri Sumber Manusia turut mengulas perihal ini.

“Kementerian memandang serius perkara ini kerana industri negara amat memerlukan kemahiran mereka terutama menjelang tahun 2020 akan datang, sekurang-kurangnya 1.5juta tenaga kemahiran akan diperlukan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Soal Jawab bersama Penyedia Latihan Awam dan Swasta di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Bukit Kiara.

Menurut Subramaniam, kementeriannya juga mencadangkan untuk mewujudkan sebuah universiti kemahiran bagi membolehkan pelajar SKM melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan sarjana muda.

Dengan perubahan ini, pelajar SKM memperolehi peluang yang lebih luas dalam kerjaya.

~ Tergamam Hidangan Patin RM 13,000


TEMERLOH, 11 April - Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

-- BERNAMA