Khidmat untuk Masyarakat & Khidmat Masyarakat

Berbagai-bagai program yang diadakan oleh pelbagai organisasi di negara ini. Ada yang memberikan bantuan, jamuan makan, derma, sumbangan dan sebagainya. Malah organisasi disarankan untuk melaksanakan program berbentuk Khidmat Masyarakat selain dari menjalankan operasi harian mereka.

Musim perayaan Aidilfitri yang baru sahaja lepas, dapat dilihat pelbagai jamuan aidilfitri di merata tempat. Tetamunya yang teristimewa adalah anak-anak yatim. Sudah pasti banyak duit raya telah diberikan. Ucapan syukur atas pemberian yang diberikan.

Namun fikirkan dan renungkanlah, sama ada program seumpama ini seikhlasnya khidmat untuk masyarakat atau pelengkap program Khidmat Masyarakat yang ditetapkan dalam pencapaian suatu organisasi. Malah alangkah kurang sedap jika program seumpama ini dibuat semata-mata menarik publisiti sesuatu organisasi.

Selain itu, program tersebut pelengkap untuk mengurangkan kadar cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan.



"Dengan pelaksanaan program ini, kita dapat mendekatkan diri dengan masyarakat dan secara tidak langsung masyarakat dapat mengenali kita dan produk syarikat kita", ujar penganjur dalam mesyuarat jawatankuasa program yang bakal berlangsung.

Di mana hendak diletakkan keikhlasan dalam suatu penganjuran aktiviti berbentuk khidmat untuk masyarakat?

Adakah benar organisasi mengharapkan, "Who gives will get back what they gave" atau "Memberilah (bantuan) sehingga tangan kirimu tidak mengetahui"?

Program berbentuk khidmat untuk masyarakat adalah suatu program yang positif. Namun tanpa keikhlasan yang sebenar, kenikmatan memberi tidak dapat dinikmati.

Ikhlaskan hati paling utama.

BUAT RENUNGAN BERSAMA.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)