UITM: Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) 2012

Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) yang diperkenalkan sejak tahun 2003 ialah program kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan. Pada awalnya KAKS merupakan program yang distruktur serupa dengan program Skim Usahawan Siswazah (SUS). SUS merupakan program yang ditawarkan oleh Institut Keushawanan Negara bermula pada 1998 kepada graduan yang berminat menceburi bidang perniagaan. Kini, program KAKS diteruskan dengan modulnya tersendiri untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa yang berminat untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun fail di bawah :


http://www.uitm.edu.my/images/stories/news/KAKS2012.pdf

OBJEKTIF KURSUS
 Memantapkan pengetahuan mahasiswa mengenai ilmu keusahawanan dan pengurusan perniagaan.
 Membentuk sikap keusahawanan dan memberi dorongan kepada mahasiswa untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya.
 Menjadi pemangkin kepada mahasiswa dalam proses melahirkan usahawan berwibawa.

KUMPULAN SASARAN
Program ini terbuka kepada semua pelajar UiTM yang berada di semester akhir pengajian atau sedang menunggu keputusan peperiksaan semester akhir.

Mahasiswa yang berminat untuk menyertai KAKS boleh melengkapkan borang permohonan dan menghantarnya terus atau faks kepada MASMED. http:// masmed.uitm.edu.my

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)