Gunakan Pengangkutan Awam LONDON 2012

UNITED KINGDOM 31 Jan - Pihak penganjur LONDON 2012 telah memberi nasihat kepada pengunjung temasya bertaraf dunia itu supaya menggunakan pengangkutan awam yang disediakan. Ini adalah tindakan mengelakkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk. Dalam suasana biasa, keadaan lalu lintas di bandar London tersedia sesak terutamanya pada waktu puncak.


Perkhidmatan tren akan lewat 30 minit daripada jadual biasa sepanjang temasya tersebut berlangsung. Bagaimanakah perkhidmatan tren di sana? Adakah sentiasa berlaku kelewatan walaupun tiada apa-apa acara berlaku?

Daripada pengalaman menaiki tren di Lembah Kelang, masih lagi berlaku kelewatan serta banyak penangguhan. Malah dibelenggu kesesakan yang tidak surut sejak dulu lagi terutama ketika waktu pergi dan pulang kerja.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)