Dilema Liverpool

Hujung minggu lalu, kita dapat menyaksikan Liverpool telah ditewaskan oleh West Brom kendalian Roy Hodgson di laman sendiri, Anfield. Selepas 45 tahun, West Brom berjaya menang ke atas Liverpool di Anfield. Dalam perlawanan tersebut Steven Gerrard tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama dan simpanan. Menurut ulasan Daglish, ia adalah langkah berhati-hati terhadap kecederaan yang masih dialami oleh kapten LFC itu.

Gol oleh Peter Odemwingie menyebabkan LFC kehilangan 3 mata penting dalam perlumbaan memperbaiki kedudukan dalam liga. Walaupun, perlawanan dikuasai oleh LFC, namun nasib tidak menyebelahi mereka bukan sahaja dalam perlawanan malah sepanjang musim ini.

Kini yang menjadi buruan penting, adalah Piala FA, perlawanan akhir menentang Chelsea di Wembley pada 5 Mei 2012. Mampukah mereka merangkul kejuaraan tersebut?

Chelsea juga dalam misi untuk mendapatkannya malah Piala Liga Juara-juara Eropah ingin digapai demi menjamin kelayakan ke persaingan liga tersebut setelah pada musim ini, Chelsea tidak berada dalam empat pasukan teratas dalam Barclays Premier League (BPL).




Saksikan video daripada penyokong LFC berkaitan perlawanan Liverpool v. West Brom minggu lepas. Perlawanan seterusnya adalah Norwich v Liverpool di Carrow Road, 28 Apr 2012 17:30 (GMT+1) - jam 12.30 tengah malam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)