Kenyataan Adalah Andaian 1

BERITA SUKAN 

Setiap masa berbagai-bagai peristiwa yang berlaku dalam kehidupan tidak kira manusia, haiwan, serangga, tumbuh-tumbuhan dan apa jua ciptaan yang ada di alam ini. Tanpa disedari tidak semua yang kita ketahui adalah semua yang berlaku.

Peristiwa yang berlaku dilabelkan dalam bab-bab tertentu, iaitu, isu semasa, politik, hiburan, sukan, ekonomi dan lain-lain. Bab-bab ini boleh didapati melalui surat khabar, majalah, buletin, televisyen, radio dan sebagainya.

Kenyataannya tidak semua mengetahui akan setiap peristiwa yang berlaku. Sebenarnya setiap peristiwa yang dilaporkan adalah andaian. Manusia tidak akan terlepas daripada membuat andaian walaupun mereka menyangka itu adalah kenyataan.

"25 juta rakyat Malaysia menyokong perjuangan atlet negara di Sukan Olimpik London 2012" ujar pembaca berita di televisyen. Suatu andaian yang mampu memberi impak positif kepada atlet. Dengan harapan bersemangat menghadapi cabaran sukan yang disertai.



Tersenyum apabila nama atlet itu disebut dalam berita. "Aku disokong 25 juta rakyat Malaysia" tegas atlet dengan semangat berkobar-kobar untuk beraksi pada keesokan hari.

Benarkah seramai 25 juta rakyat Malaysia menyatakan sokongan seumpama itu kepada atlet mereka? Di antara mereka, Sukan Olimpik pun tidak mereka ketahui. Di mana sukan tersebut berlangsung pun tidak diketahui. Malahan siapa atlet yang bertanding pun tidak mereka ketahui.

Seorang pemandu lori tertanya-tanya, "Bila Sukan Olimpik mula?" Rakan sebelahnya pula, "Ntah lah". Sampainya di kawasan R&R Tapah untuk berehat setelah sekian lama memandu dari Seremban untuk menghantar barang ke Seberang Perai.

Rakannya membeli surat khabar, "Semalam dah habis Sukan Olimpik". Sambil membaca artikel atlet sukan berjaya meraih pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform.

"Oh, dah habis rupanya" sambil mengangguk kepalanya. "Jom kita teruskan perjalanan", ucap pemandu setelah menikmati kopi panas dan nasi lemak RM 1.50.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)