Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 1433H

Saya amat berbesar hati ingin mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh masyarakat Islam. Moga kita mendapat keberkatan sepanjang menjalankan ibadat puasa.


(BERITA HARIAN) KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran radio dan televisyen sebentar tadi. Perisytiharan tarikh itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183 maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.



Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad s.a.w secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan tersebut berdasarkan Surah al‐Baqarah, ayat 185, maksudnya: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al‐Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan‐keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)