Menulis Novel ke Mencetak Novel

Novel adalah bahan bacaan yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya golongan muda. Golongan ini lebih meminati novel yang bertemakan CINTA. Ada segelintir penulis novel, mendapat ilham daripada pengalaman peribadi dan ada juga yang berfantasi.

Dalam proses menerbitkan sesebuah novel, penulis lebih mengemari untuk menjual hasil karya mereka kepada syarikat penerbitan yang sedia ada. Ini kerana beranggapan lebih mudah di pasarkan. Hanya sedikit bilangan yang ingin bermula daripada sifar. Tidak dinafikan juga ada penulis yang menggunakan khidmat syarikat penerbitan dan juga menerbitkannya sendiri.

Menulis adalah lebih sukar daripada mencetak. Anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah NOVEL. Namun bagi kilang percetakan, ianya untuk pengeluaran 1000 naskah sebagai contoh hanya memerlukan tempoh paling kurang 1 minggu sahaja.




Bagaimana dengan kos? Sekiranya anda berminat untuk memulakan operasi mencetak novel sendiri, sediakan dalam RM4000 - RM5000. Pulangan sebelum ditolak kos adalah sebanyak RM 12,500.00 jika 500 unit novel dijual dengan harga RM 25.00.

Langkah ringkas yang perlu anda persiapkan untuk tujuan ini:

  1. Mula menulis karya anda.
  2. Cari pengikut/ peminat/ pembaca sama ada melalui laman sosial atau masyarakat setempat.
  3. Pilih karya yang anda rasa mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
  4. Kumpul modal. RM 4000 - 5000
  5. Hantar untuk cetak.
  6. Pelajari prosedur untuk mendapatkan ISBN.
  7. Novel siap dicetak. JUAL.
Sekian, perkongsian untuk anda semua.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)