Mula Menyimpan Aset Untuk Masa Depan

Salam aidiladha buat semua,

Setelah memerhati, mendengar dan memahami kepentingan menyimpan aset, Alhamdulillah saya telah bertindak untuk menyimpan aset dengan permulaan yang amat kecil. Lebih baik bermula walaupun dengan kuantiti yang kecil daripada tidak ada langsung.

Jadi apa aset yang saya maksudkan?

Aset yang saya maksudkan adalah EMAS dan PERAK.

Kenapa dua benda itu wajar dijadikan aset?



Saya bukanlah pakar tapi saya anggapnya sebagai sesuatu objek yang lebih bernilai dan nilainya sentiasa akan meningkat mengikut masa. Berbeza seperti memiliki kereta, makin lama makin jatuh nilai harganya. Kalau ada kilang sendiri, harga mesin pun jatuh. Nak beli rumah belum sampai kemampuan lagi. Jadi mulakan dulu sekurang-kurangnya dengan PERAK.

PERAK jauh lebih murah berbanding EMAS. Memang tidak dinafikan, sejak zaman dulu lagi Emas mendahului nilai Perak. Namun sejak zaman dulu hingga zaman kini, nilai kedua-dua objek menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Dipendekkan cerita, saya telah mula menyimpan PERAK bermula dari 10 Zulhijjah 1433H. Moga-moga usaha ini diberkati oleh-Nya.

Apa yang saya lakukan?

Sebenarnya abang ipar saya dealer untuk satu syarikat emas, saja buat dia sebagai bahan ujikaji dan rujukan. Setakat ini memang meyakinkan. Keluarga pun berpandangan positif, paling utama isteri saya pun suka.

Jadi saya telah membeli 10 Dirham. Beratnya 29.75 gram memang ikut kiraan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Harganya RM131++. Permulaan yang kecil. Tapi seronok, Alhamdulillah. Insya-Allah jika diizinkan saya nak dapatkan Dinar pula selepas ini.

Masih awal lagi perjalanan, insya-Allah dari semasa ke semasa akan saya kongsi pengalaman ini.

Insya-Allah kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)