Sewa PA System di Taman Warisan Pertanian & Damansara Bistari

Hujung minggu lepas, jadual saya padat dengan sewaan PA System di dua lokasi berbeza. Lokasi pertama yang berlangsung pada 8 September 2012, di Taman Warisan Pertanian, Precint 16, Putrajaya. Manakala pada 9 September 2012 berlangsung di ruang  tempat letak kereta Pangsapuri Damansara Bistari, Seksyen 19, Petaling Jaya.

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan pengantin. Moga anda bahagia di dunia & akhirat.

Ini pemandangan sewaktu di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya.




Terdapat pelbagai kemudahan di Taman Warisan Pertanian, antaranya surau lelaki & perempuan berhawa dingin, tandas, kedai baju, kedai ikan, kedai cenderamata serta gerai makanan. Majlis dimeriahkan dengan alunan lagu perkahwinan.

Keesokkannya kami ke Pangsapuri Damansara Bistari, PJ. Hampir-hampir terlajak kerana tidak biasa dengan jalan di PJ. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. Dari Tmn Bukit Subang, masuk ke Plus Exit Shah Alam, keluar di Exit Damansara/PJ, terus hingga jumpa simpang masuk ke LDP, hadapan Tropicana. Ada simpang kecil ke kiri terletaknya Balai Bomba Damansara, belok kiri, terus, jumpa lampu isyarat di SK Sea, belok kanan, simpang kecil ke kiri belok. Sampai. Sebelah SSTwo.

Pemandangan ketika di majlis tersebut.


Kami mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya. Terima kasih kerana memberi kepada kepercayaan kepada kami untuk memeriahkan sedikit suasana ketika majlis.

Untuk mereka yang inginkan khidmat kami, boleh hubungi saya di 012 659 6001. Bukan sahaja PA System, kami juga mencetak Banner/Bunting dan mencetak Buku/Novel/Majalah. Akan datang khidmat fotografi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)