Penurunan kepada 4.850 Saham Felda (FGVH)


Hasil daripada pemerhatian terhadap saham FGVH di Bursa Saham Kuala Lumpur mendapati saham tersebut mengalami penurunan berterusan. Sepanjang pemantauan, didapati saham FGVH berada pada tahap 5.00 sepanjang negara menyambut perayaan Aidilfitri.

Namun begitu, dalam minggu ini penurunan kian dilihat dari semasa ke semasa. Ini jelas dapat dilihat semalam, selepas saham mengalami penurunan sebanyak -0.150. Takat ini merupakan penurunan terbesar pernah berlaku.

Selain itu, pengumuman dividen sebanyak 5.5 sen sesaham memberikan nafas kewangan kepada pemegang saham terutama yang terdiri daripada peneroka Felda.

Tidak ketinggalan juga, terdapat pelbagai spekulasi berkaitan penurunan saham Felda.


Daripada kajian ALLIANCE RESEARCH SDN BHD, ringkasnya mereka berpendapat kedudukan dalam posisi NEUTRAL.

Merujuk kepada kajian Palm Oil HQ, "Crude palm oil futures on Malaysia’s derivatives exchange fell sharply Wednesday, as traders shifted their focus to supply-side fundamentals ahead of the Malaysian Palm Oil Board's data release due Monday."

Harga semasa memberikan kesan negatif kepada harga saham FGV.

Terus memerhati:https://www.facebook.com/PemerhatiSahamFelda

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)