Secara ringkasnya, Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Pelantar dalam talian kami membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar. Nuffnang.com kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.
Mengapa Nuffnang?
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, Nuffnang serba sedikit dapat memberikan pulangan kepada para blogger. Sambil blogging anda menjana sedikit pendapatan. Fungsinya sama juga dengan Google Adsense, namun Nuffnang tidaklah terlalu sukar untuk didaftarkan. Malah Nuffnang berada di Malaysia, maka urusan kewangan lebih mudah. Cubalah.
Bagaimana ingin bermula?
Mudah sahaja, klik/taip www.nuffnang.com.my. Paparan di bawah akan anda lihat.



Akaun telah diaktifkan? Ya, anda sudah boleh meneruskan langkah yang seterusnya. Sila login ke akaun anda. Apabila anda login, akan keluar dashboard/control panel.
Tiba masanya untuk mendaftar blog anda, tekan Blog Manager anda sekarang. Masukkan butiran yang dikehendaki. Borang survey akan dipaparkan, sila isi borang tersebut sebaik mungkin.

Setelah mendaftarkan blog anda. Tekan Add Ads.

-----
Seterusnya, (new tab/new window) sila buka dashboard blog anda. Pilih blog yang anda ingin letakkan iklan Nuffnang tersebut. Kenalpasti tempat yang ingin anda letakkan, sekiranya di atas maka di atas, jika tepi tentukan kiri ataupun kanan.



-------
Bagaimana untuk memasukkan iklan Nuffnang antara petikan?
Lihat contoh di blog ini. Terdapat iklan di bawah petikan pos. Cuba tekan tajuk untuk melihat pos tersebut sahaja. Hasilnya paparan iklan Nuffnang ada lagi di bawah petikan.
Kembali ke panel blogger anda. Sekarang, tekan Design > Edit HTML . Rujuk paparan di bawah jika anda tidak pasti.


Paparan seperti di bawah akan keluar di hadapan anda.

-------
Begitulah caranya untuk pengiklanan Nuffnang di blog anda secara ringkas. Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada tutorial ini. Insya-Allah akan ada lagi tutorial menyusul berkaitan pelbagai perkara.
Selepas anda membaca artikel ini, silalah kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Facebook kecil di bawah ini. Anda juga boleh cuba menekan iklan-iklan Nuffnang yang terdapat dalam blog ini.
Sekian.
Terbaik..complete tutorial..
ReplyDeletecantik la bro, ku dapat satu lagi ilmu, telah ku tekan mana mana yg patut ditekan kat blog ko sebagai sunbangan.
ReplyDeleteNie Jamal nak share pulak cmne jamal dapat banyak BE selepas hanya sebulan register ngan NUFFNANG..
ReplyDeletedalam masa 3 bulan lepas tue jamal dah dapat 9 BE..not bad kan..nie jamal kongsikan 15 tips untuk korang semua..harap2 dapat membantu ye.
15 CARA DAN TIPS NAK DAPATKAN BUFFERED EARNINGS DARI NUFFNANG