Nikah Lari, Kahwin Lari di Thailand atau Mana-Mana

Terkini, BALING 13 April - Pelajar pintar yang pernah menghilangkan diri, Halimaton Abdul Rashid, 16, dikatakan telah bernikah dengan teman lelakinya, Adam di selatan Thailand, minggu lalu.

Perkembangan terbaru itu cukup merunsingkan keluarga terutama ibunya, Normah Abdul Mutalib, 45, yang terkejut dengan tindakan anak gadisnya.

"Dia telah bernikah dengan pemuda tersebut di selatan Thailand minggu lalu dan kini tinggal bersama di Langkawi," kata Normah ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelajar tingkatan empat tersebut ketika menghubungi keluarganya dua hari lalu selepas dia menghilangkan diri buat kali kedua baru-baru ini.

Pada 22 Mac tahun lalu, Halimaton yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2007, menyebabkan kegemparan apabila didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sebelum ditemui tinggal bersama teman lelakinya di Langkawi.

Selepas dipujuk, Halimaton berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Utusan Malaysia difahamkan keluarga Halimaton telah menemui anak dan 'menantunya' hasil kerjasama UMNO Bahagian Baling yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Ir. Nawawi Ahmad semalam, bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka.

--
Tak kira pendidikan tinggi atau sebaliknya, nikah lari atau kahwin lari jauh dari keluarga semakin menjadi. Apakah punca serta permasalahan yang sebenarnya berlaku? Adakah kerana kesesakan modal berkahwin? Calon pasangan tidak direstui keluarga? Bagaimana?



ISTILAH ‘kahwin lari’ merujuk kepada pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah.

Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah secara mudah. Tindakan mengelak daripada melalui proses biasa, lazimnya kerana mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan (atau) tidak mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama.

Ada juga yang bertindak untuk kahwin lari kerana pilihan mereka tidak direstui oleh orang tua.

Kahwin lari sebenarnya suatu kesalahan dan undang-undang memperuntukkan hukuman denda atau penjara terhadap kesalahan ini. Walaupun hukuman telah diperuntukkan terhadap kesalahan ini, akan tetapi fenomena ini seakan tidak nampak bila surutnya. Sekiranya status pernikahan tidak jelas dan tidak didaftarkan tentulah ia memberi implikasi yang sangat tidak baik.

Marilah kita mengambil iktibar daripada perbuatan seumpama ini. Janganlah dibiarkan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri mempengaruhi tindak tanduk kita. Insya-Allah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ini kerana Allah Maha Mengetahui & Maha Adil.

1 comment:

  1. ermm.. rasanyer x perlu la kawen lari..
    nanti last merana diri..
    sebab xde restu famly..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)