Mana pasukan F1 Malaysia? Realiti?


Sumber: Berita Harian

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali: “Mengapa kita tidak cuba gabungkan ketiga-tiga pasukan ini untuk membentuk sebuah pasukan tempatan yang mantap dan berkualiti.”

Sudah tiba masanya tiga pasukan berbeza yang ada kaitan dengan syarikat negara ini bergabung - Razlan

DENGAN tiga pasukan ada kaitan dengan negara ini dan jumlah pelaburan penajaan mencecah jutaan ringgit, tidak mustahil Malaysia melahirkan sebuah pasukan yang kompetitif dalam perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1).

Bunyinya seperti impian kosong dan angan-angan tetapi terlebih dulu, pihak berbeza pendapat harus berani mengetepikan perbezaan masing-masing dan bersatu demi kepentingan negara.

Itu pendapat diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang membayangkan kenya-taannya itu bukanlah sesuatu yang mustahil kerana syarikat besar negara ini memiliki kepakaran dan peruntukan mencukupi untuk merealisasikannya.

“Saya sedar perlumbaan F1 memang sukar, memerlukan bukan saja komitmen, malah teknologi dan peruntukan besar tetapi mungkin sudah tiba masanya kita melangkah ke depan.

Tahun ini, kita memiliki tiga pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia dan setiap pasukan membelanjakan jutaan ringgit untuk kos perlumbaan dan pembangunan pasukan masing-masing.

“Mengapa kita tidak cuba gabungkan ketiga-tiga pasukan ini untuk membentuk sebuah pasukan tempatan yang mantap dan berkualiti.”

Razlan mengatakan Malaysia tidak ketandusan pemandu berkualiti menerusi pelbagai program pembangunan yang dijalankan PETRONAS dan Lotus hingga mampu melahirkan beberapa pemandu muda berbakat tetapi pelbagai kekangan membataskan pembabitan mereka di peringkat lebih tinggi.

“Mungkin ada politik dalam sukan. Kita sedar, semua pihak mempunyai agenda sendiri tetapi ada masanya kita perlu bersatu dan bekerjasama.”

PROTON+PETRONAS+AIR ASIA/NAZA GROUP= F1 MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)