~ Tutorial iPanelonline: Lupakan Adsense & Nuffnang Sebentar

Pernah mendengar iPanelonline? Mungkin ramai belum pernah mendengarnya. Kebiasaannya kita mendengar Nuffnang, Adsense dan sebagainya. Satu lagi web untuk mereka yang ingin mencari pulangan di internet. Web ini berasaskan survey, setiap survey yang anda buat akan diberikan ganjaran. Jadi anda tidak perlu risau untuk pastikan orang datang ke blog/web anda.

Di sini saya akan tunjukkan cara-cara untuk menyertai program ini. Pertama sekali anda perlu ke laman web iPanelonline untuk mendaftar. KLIK SINI

Paparan di bawah akan muncul:

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi setiap ruang kosong yang disediakan. Selepas selesai mengisi, pastikan anda menghantar pendaftaran tersebut.

Dalam beberapa ketika, anda akan menerima emel pengaktifan untuk akaun anda. Lihat emel anda, tekan link yang diberikan. Selanjutnya anda boleh login ke akaun anda.

Anda akan melihat paparan seperti di bawah ini. Control Panel anda. Setiap mata anda akan dipaparkan di sini. Baiklah, itu langkah untuk bermula dengan mendaftar.

Bagaimana untuk mendapatkan ganjaran?
Mudah sahaja. Untuk mendapatkan paparan seperti di bawah, tekan logo iPanelonline tersebut. Seterusnya anda tekan Survey Ahli.

Dalam survey ahli, anda akan lihat senarai survey yang terdapat. Setiap survey mempunyai pointnya sendiri. Sebagai contoh, 5 points = RM0.05. Tekan mana-mana survey yang masih DIBUKA.
Paparan survey akan keluar seperti di bawah:
Selesai dengan survey anda, pastikan anda hantar. Anda boleh tutup tab/window survey tersebut & refresh control panel anda untuk melihat mata terkini.

Bagaimana mengemaskini Informasi Saya?
Lihat pada Control Panel anda, tekan Informasi Saya. Paparan akan keluar. Gambar di bawah adalah untuk mengemaskini maklumat penebusan anda. Untuk makluman anda, penebusan mata dibuat ke atas akaun Paypal anda. Pastikan anda mempunyai akaun Paypal untuk menebus mata. Akhir sekali tekan Submit.

Begitulah tutorial ringkas berkaitan iPanelonline, cubalah sekiranya anda berminat. DAFTAR SEKARANG

2 comments:

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)