~Chong Wei Tidak Perlukan Misbun



2 April: Misbun telah memutuskan untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meletak jawatan secara mengejut pada 31 Disember 2010.

Chong Wei yang berjaya mempertahankan kejuaraan Seluruh England, bulan lalu menyifatkan dia kini ‘mampu menjaga diri sendiri dan memperbaiki kelemahan.’

“Ia terbukti apabila saya mengekalkan kejuaraan dalam tiga kejohanan setakat ini.

Saya tidak boleh mengharapkan kepada satu jurulatih saja kerana perlu menjalankan tanggungjawab yang berat termasuk, berlatih bersungguh-sungguh,” katanya selepas majlis amal ‘Hope & Smile’ di Dewan Tunku Geodesi Dome, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bagi mengumpul sekurang-kurangnya RM1 juta untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.

Pemain nombor satu dunia itu yang dibimbing Tey Seu Bock sepanjang ketiadaan Misbun menegaskan dia tidak kisah sama ada dibimbing oleh mentornya itu atau tidak dalam membuat persiapan memburu kemasyhuran memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2012.

1 comment:

  1. stendet laa da menang....dulu bawah misbun asyik kalah je dengan lin dan....skali misbun takder menang plak....yg aku heran kalau misbun still lagi keje dengan chong wei n bam aku tak tau laaa dia muke tebal camana....orang dah hina camnie skali pun still terhegeh2 nak keje jugak....hadoi laa hadoi....jangan laaa jadi melayu takder maruah....senang2 kaum lain nak hina and kuar statement yg nampak sangat melayu nie berguna masa perlu jek....

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)