SPA mencari pencari kerja yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Kini terdapat 265 kekosongan jawatan untuk jawatan berikut:
IJAZAH:
1. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 (60 kekosongan)
2. Pegawai Kebudayaan Gred B41 (6 kekosongan)
DIPLOMA:
1. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S27 (34 kekosongan)
SPM
1. Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 (133 kekosongan)
KELAYAKAN BAKAT
1. Ahli Muzik Pelbagai Gred (32 kekosongan)
Permohonan boleh dibuat secara online sahaja. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 5 Ogos 2012 (Ahad) jam 11.59 malam.
Teleskop Saham Felda Global Ventures Holding
Insya-Allah saya akan mengemaskini perkembangan saham FGV di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Dengan adanya Teleskop ini, kita dapat melihat naik turun saham yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia, terutamanya warga Felda.
24 Jul 2012 05:15PM - 5.300 (-)
30 Jul 2012 05:16PM - 5.150 (-)
27 Jul 2012 05:15PM - 5.150 (-0.040)
26 Jul 2012 05:15PM - 5.190 (-0.060)
25 Jul 2012 05:15PM - 5.250 (-0.050)
24 Jul 2012 05:15PM - 5.300 (-)
Hari ini saham mencapai tahap minimum di 5.270. Namun kembali naik sebelum pasaran ditutup.
Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 1433H
Saya amat berbesar hati ingin mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh masyarakat Islam. Moga kita mendapat keberkatan sepanjang menjalankan ibadat puasa.
(BERITA HARIAN) KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran radio dan televisyen sebentar tadi. Perisytiharan tarikh itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183 maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Temasya Olimpik London 2012
Hanya tinggal 10 hari sebelum temasya terkemuka dunia memulakan acara. Olympic London 2012 kini kembali sekali lagi. Tahun 2012 menyaksikan sukan olimpik akan diadakan di London, sebelum ini pada 2008 berlangsung di China. Di bawah adalah jadual acara yang dipertandingkan:
Rakyat Malaysia pasti akan fokus kepada satu acara yang popular buat masa kini, iaitu sukan Badminton. Dalam acara badminton, sudah tentu Lee Chong Wei akan mendapat perhatian.
Rakyat Malaysia pasti akan fokus kepada satu acara yang popular buat masa kini, iaitu sukan Badminton. Dalam acara badminton, sudah tentu Lee Chong Wei akan mendapat perhatian.
Cubaan Menghasilkan Produk Sendiri
Pada awal bulan Julai 2012, saya telah berjaya mendaftar satu laman web belajarkomputer101.com. Satu cubaan untuk menawarkan produk sendiri kepada umum. Sekian lama teringin untuk melaksanakan projek yang seumpama itu.
Jadi apa sebenarnya yang terkandung dalam BelajarKomputer101? Ringkasnya, laman ini menawarkan satu DVD yang mengandungi pembelajaran komputer, teknik dan panduan berkaitan komputer.
Seharian membantu klien-klien menyelesaikan masalah komputer, maka saya tergerak untuk memuatkannya dalam satu DVD. Juga tips untuk menjana duit ada saya kongsikan.
Mungkin ada yang tak mengenali saya. Kini saya sedang mengurus dan melaksana penyelenggaraan sistem untuk Polis, sejak Jun 2011.
Anda boleh melawat www.belajarkomputer101.com untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
Jom belajar komputer.

Dilema Liverpool
Hujung minggu lalu, kita dapat menyaksikan Liverpool telah ditewaskan oleh West Brom kendalian Roy Hodgson di laman sendiri, Anfield. Selepas 45 tahun, West Brom berjaya menang ke atas Liverpool di Anfield. Dalam perlawanan tersebut Steven Gerrard tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama dan simpanan. Menurut ulasan Daglish, ia adalah langkah berhati-hati terhadap kecederaan yang masih dialami oleh kapten LFC itu.
Gol oleh Peter Odemwingie menyebabkan LFC kehilangan 3 mata penting dalam perlumbaan memperbaiki kedudukan dalam liga. Walaupun, perlawanan dikuasai oleh LFC, namun nasib tidak menyebelahi mereka bukan sahaja dalam perlawanan malah sepanjang musim ini.

Petronas Terus Pulangan Positif
Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu serta harga minyak yang kian naik, pendapatan Petronas terus melonjak. Hasil daripada merujuk laporan yang dikeluarkan Petronas (Third Quarter Ended 31 December 2011).
Sebahagian daripada laporan:
Untuk mendapatkan laporan ini atau laporan lain, anda boleh terus ke Laman Web Petronas
Sebahagian daripada laporan:
Untuk mendapatkan laporan ini atau laporan lain, anda boleh terus ke Laman Web Petronas
Semakan Terkini Penjadualan Temu Duga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL), Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U4-1 & Latihan Jururawat (PSL)
Kini anda boleh membuat semakan tersebut:
Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)
[ Tarikh Temu Duga: 04 Mac 2012 - 09 Mac 2012 ]
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U4-1
[ Tarikh Temu Duga: 11 Mac 2012 - 16 Mac 2012 ]
Latihan Jururawat (PSL) (Calon Sabah)
[ Tarikh Temu Duga: 27 Februari 2012 - 05 Mac 2012 ]
Selamat Maju Jaya!!!

Kompaun Saman 'The More You Delay', 'The More You Pay'
Pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip 'The More You Delay', 'The More You Pay'. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.
Mungkin ramai yang masih tidak mengetahuinya. Mari lihat kadar kompaun yang telah ditetapkan.
Mungkin ramai yang masih tidak mengetahuinya. Mari lihat kadar kompaun yang telah ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)