Modul untuk Kursus Dicipta Dahulu

Sebenarnya kurang idea nak apa hari ni...terjumpa lah gambar aktiviti time masa muda-mudi dulu..aktiviti ketika mengendalikan kursus induksi di suatu tempat untuk suatu persatuan kolej...dulu sekadar rakyat biasa yang menjalankan tanggungjawab untuk mencapai objektif yang ditetapkan...

Dalam penetapan modul kursus, idea datang untuk suatu aktiviti yang boleh tahan mencabar...jadi dinamakannya BURUNG MERAK..kenapa nama burung? sebab masa itu, semua aktiviti namanya dimulakan dengan BURUNG..


Idea asasnya adalah mengambil air dari lokasi A ke lokasi B dengan kaedah yang ditetapkan..Bahagian yang sukar adalah kaedah tersebut perlu dilakukan dengan setiap seorang memegang tali yang telah diikat di tangkai baldi & badan baldi..tali yang dipegang juga hendaklah kelihatan tegang..SUSAH???

objektif: KERJASAMA | KEPIMPINAN | TOLAK ANSUR | KREATIF

Tips paling utama untuk menyelesaikan aktiviti ini adalah LANTIK SEORANG UNTUK MENJADI PENGEMUDI..

Apa yang berlaku dalam aktiviti ini...(24/11/2008)...seramai 70-80 orang terlibat...suatu jumlah yang besar & semakin sukar...Aku menjadi orang yang memprovokasi apa yang dilakukan..Makin menyukarkan..

Kegagalan mereka untuk melaksanakan tugas tersebut dalam masa 20 minit, amatlah tidak membuatkan aku gembira..Lebih menyedihkan air yang dikehendaki tidak mencapai tahap yang dikehendaki...

Bukan salah mereka, cuma mungkin tahap kesukaran yang menyukarkan...

Jadi kalaulah korang yang jadi peserta time aku incharge dulu, apa yang akan korang cuba lakukan atau teringin lakukan?

Mampukah korang?? Cubalah...Sekadar berkongsi...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)