Apa rancangan akan datang, 2013?

Pantas masa berlalu, tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya. Pasti pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi. Apakah yang telah anda capai tahun ini? Tercapaikah apa yang dirancang?

Dalam tahun ini, rahmat paling utama yang kami terima adalah puteri pertama kami. Tiada apa yang lebih bermakna daripada itu. Alhamdulillah.

Biarpun rintangan kunjung tiba menduga kami, syukur pada-Nya, Dia yang Maha Mengetahui apa jua yang telah ditetapkan kepada hamba-Nya.

Pada asalnya, saya merancang untuk memiliki sebuah rumah sendiri dalam tahun ini, namun tidak kesampaian. Tidak mengapa.

'Apa perancangan untuk tahun 2013?', akan ditanya oleh kenalan anda dalam beberapa ketika nanti.



Saya?

Untuk tahun 2013 saya menetapkan sasaran yang lebih mudah. Saya ingin berubah dan meningkatkan keupayaan, itu saja.

Daripada seminar yang diikuti, 'for things to change, you must change first'. Ini perkara asas yang ingin saya lakukan.

What do you want to change?

I want to change this blog name and contents. To what? Still searching for a name, just wait.

What are the contents will be at this blog?

I want to share 'How I Change For Things to Change!'

How frequent will you post a new article?

I hope everyday, In Sya Allah.

'Apa tiba-tiba speaking dalam pos ini? Kata nak change, jadi sekali sekala lah speaking.

Kami sekeluarga mendoakan agar tahun mendatang menjadi tahun yang lebih bermakna untuk anda semua. In Sya Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)