Showing posts with label ferrari. Show all posts
Showing posts with label ferrari. Show all posts

Ferrari FF, Berangan Lebih


Memperkenalkan Ferrari FF, yang dikatakan boleh memuatkan 4 orang penumpang termasuk pemandu..Kalau di Malaysia, harga memanglah menjejak juta..Di Eropah, harga dalam $300,000..Kedudukan enjin di hadapan...

Enjin yang digunakan DOHC 48-valve V-12, aluminium block and heads, direct fuel injection..Mempunyai kuasa kuda sebanyak 651 atau 8000rpm..Terdapat 2 jenis transmisi, 2 gear automatik atau 7 gear dual-clutch automatik..TOP SPEED = 334 km/j...

Kereta seumpama ini boleh mencapai kelajuan 100km/j dalam tempoh 3.5 saat sahaja...Bayangkanlah...

Setakat ini belum pernah terserempak lagi model ini di jalan raya Malaysia, mungkin tak sampai lagi...kalau ada kawan-kawn anda ada kereta ini bolehlah tumpang ramai sikit...dulu 2 seat je, sekarang dah 4...

CUBALAH....


~ Ferrari Menjadi Limosin?



LONDON - Seorang pemilik Ferrari 360 di sini membelanjakan wang sebanyak AS$326,687 (RM987,084) untuk mengubahsuai kereta sport miliknya menjadi sebuah limousin, lapor sebuah akhbar semalam.

Proses mengubah suai kereta sport yang dibeli pada harga AS$81,678 (RM246,790) itu mengambil masa enam bulan dengan menggunakan alat ganti tulen Ferrari.

Ferrari 360 asal memiliki 400 kuasa kuda (bhp) dan mampu memecut 0-100 kilometer sejam dalam masa cuma empat saat. Namun, limousin tersebut tidak dapat mencapai kelajuan asalnya kerana beratnya sudah bertambah. - Agensi