Showing posts with label Nur Kasih The Movie. Show all posts
Showing posts with label Nur Kasih The Movie. Show all posts

Cerita Hampir Penuh: Nur Kasih The Movie

Sebagaimana yang telah diberitahu dalam pos/entri terdahulu, aku telah singgah untuk menonton Nur Kasih The Movie...Tak perasan? Baca entri sebelum ini..Baiklah, sebelum aku menceritakan apa kisah dalam movie ini, tengok dulu trailer di bawah ya...


Ok sudah ditonton? bagus...

Ceritanya seperti berikut:

Babak awal dimulakan dengan kanak-kanak bermain bola di landasan kereta api (telah dipanggil oleh ibu mereka kerana ada kereta api nak lalu), kemudiannya sebuah kereta api melintasi padang pasir di Jordan..

Selang beberapa ketika, letupan berlaku pada kereta api tersebut...

6 BULAN SEBELUM..............

Babak Adam & Nur Amina di padang sawah....Masih ingat Nur???Ingat abang...

Kelihatan Aidil duduk di surau sedang membaca Surah Yasin tapi tersangkut-sangkut (KENAPA?)...Ini kerana isterinya telah meninggal dunia...Macam mana? tunggu aku cerita dulu...

Aidil memang amat kecewa dengan apa yang berlaku, beliau ditinggalkan bersama-sama 2 orang anak (LELAKI & PEREMPUAN)...Adam cuba memujuk, semua cuba memujuk, sedangkan anak-anaknya terasa akan kehilangan yang dialami...