Saya amat berbesar hati ingin mengucapkan selamat berpuasa buat seluruh masyarakat Islam. Moga kita mendapat keberkatan sepanjang menjalankan ibadat puasa.
(BERITA HARIAN) KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran radio dan televisyen sebentar tadi.
Perisytiharan tarikh itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183 maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.
