Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Perolehan dengan Nuffnang ke-4, Sokongan Bersama

Semalam telah keluar kiraan terkini perolehan dengan Nuffnang. Seperti biasa kiraan setiap klik dalam RM0.25 atau RM0.50...Angka tersebut mungkin kurang memberangsangkan kerana memakan masa yang lama...Terasa nak buat pakatan untuk Klik Nuffnang ni,, kalau boleh dapat kumpul 1000 orang, 1000 kali klik = 1000x0.25=RM250,..dalam seminggu atau dua minggu...

kalau dapat dikumpulkan 10,000 orang pula, maka boleh menjejak kutipan ribu...justeru itu, aku akan buat satu page di facebook ala-ala fan page...harap ada yang akan join untuk sokongan sesama blogger untuk dapatkan income yang banyak melalui blog mereka...

siapa nak join??

Pengalaman & Tips Bonus Earning (BE) Pertama dari Nuffnang



Pertamanya, ingin saya merakamkan rasa syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t. atas nikmat kehidupan yang diberikan. Tambahan lagi, Alhamdulillah dengan izin Allah jua telah membuka hati Nuffnang untuk memberikan bonus earning (BE) yang pertama. Sekalung penghargaan juga saya tujukan pada pihak Nuffnang atas pemberian tersebut.

Sedikit informasi bagaimana saya bermula dengan Nuffnang. Blog ini mula didaftarkan pada 2011-03-26 22:05:16 bersamaan dengan 22 Rabiul Akhir 1432. Dengan pengetahuan yang cetek saya mencuba perkhidmatan yang disediakan oleh Nuffnang. Namun usaha untuk mendapatkan tips-tips untuk mendapatkan BE tidak jemu diusahakan. Pada 11 April 2011, selepas 15 hari bersama Nuffnang apabila saya buka akaun Nuffnang saya telah mendapat BE yang pertama, Alhamdulillah.

Saya difahamkan memang agak sukar untuk mendapatkan BE tersebut. Alhamdulillah saya dipermudahkan. Jadi anda rasa berminat untuk mencuba? Dalam pos ini saya cuba berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Tips Untuk Mendapatkan BE.

Terdahulu saya ingin mengucapkan terima kasih bagi blog DIARY OF AL-FAQIR ILALLAH kerana telah berkongsi tips berkaitan hal mendapatkan BE Nuffnang. Saya sekadar mengulas tips yang diberikan.

Belum daftar? Lihat: ~ Tutorial Nuffnang : Bagaimana Bermula Untuk Blogger

10 Tips Untuk Mendapatkan Bonus Earning (BE) dari Nuffnang

1. Mengisi Blog Survey & Blogger Bio Dengan Bersungguh-Sungguh
Jika kita ingin memohon kerja biasanya kita dikehendaki mengemukakan resume yang terbaik. Ini sama juga dengan mengemukakan survey yang terbaik untuk diri dan blog anda. Tidak kira anda suka atau tidak, ingin mendapatkan yang terbaik anda perlu berusaha yang terbaik.

2. Memilih Kategori Blog
Tentukan kategori blog anda kerana iklan yang akan terpapar mengikut kategori blog anda. Pengiklan akan memilih jenis-jenis kategori blog sebelum mempamerkan iklan mereka. Tidakkan pula jika blog tersebut khas untuk wanita, iklan lelaki dipaparkan. Sungguh tidak sesuai. Jadi tentukan sekarang.

3. Kandungan Blog Asli dan Kurangkan Plagiat
Pihak Nuffnang juga melihat pada keaslian blog anda. Dinasihatkan agar anda membuat artikel/kandungan sendiri. Boleh dapatkan sumber lain namun sekadar rujukan bukan Copy+Paste semata-mata. Ini penting untuk pemberian CPM.

4. Menekan Iklan Nuffnang Secara Tidak Jujur
Elakkan dari memekan iklan di blog anda dari IP Address yang sama. Biarkan tetamu blog anda yang menekannya. Anda masih boleh tekan sekadar untuk melihat iklan/promosi tersebut tidak menjadi masalah tapi berpada-pada bilangan kliknya. Ini dapat mengelakkan dari di BANNED.

5. Meletakkan Iklan Di Tempat yang Sepatutnya
Pihak Nuffnang telah menetapkan terdapat 3 jenis saiz iklan & penempatannya. Terdapat Leaderboard, Skyscrapper & Large Rectangular. Sebaiknya anda menepati piawaian asas yang telah dinyatakan. Saya telah menyediakan tutorial berkaitan hal ini. Lihat: ~ Tutorial Nuffnang : Bagaimana Bermula Untuk Blogger

6. Wujudkan Kemesraan Dengan Pihak Nuffnang
Anda boleh mengemukakan tiket dalam bentuk pertanyaan/cadangan kepada pihak Nuffnang. Serba sedikit menunjukkan minat dan sokongan anda terhadap Nuffnang.

7. Memantapkan Trafik Pengunjung Blog Anda
Sebaiknya anda mengekalkan trafik pengunjung anda sebanyak 100 unique visitor (UV) sehari. Setidaknya 20 UV untuk sehari jika sukar mencapai angka 100 dan ke atas. Aktifkan diri di komuniti-komuniti yang ramai pengunjung atau melawat blog-blog lain untuk mempromosikan blog anda.

8. Status Glitterati
Pastikan anda berstatus Glitterati. Ini menunjukkan anda penyokong setia Nuffnang dalam blog, iaitu dengan tidak memaparkan iklan dari pesaing Nuffnang. Setialah pada yang satu.

9. Permudahkan & Ringankan Blog Anda
Elakkan dari meletakkan terlalu banyak gadjet dan grafik besar. Ini boleh membuatkan blog anda lambat memaparkan isinya. Pengunjung akan merasa tertunggu-tunggu dan barangkali menyebabkan mereka bosan.

10. Kemaskini & Buat Pos Baru di Blog
Sebaiknya anda mengemaskini laman blog anda setiap hari dengan kandungan yang menarik. Ini memerlukan komitmen. Untuk berjaya, komitmen amatlah penting. Nasib seseorang tidak akan berubah sekiranya diri seseorang itu sendiri tidak mahu berubah.
~
Begitulah sedikit perkongsian yang ingin saya berikan. Moga anda mendapat jalan bagaimana untuk melaksanakannya. Saya tidak berjanji atau menjamin berkaitan pasti mendapat BE namun sebaiknya ini suatu usaha untuk mencapainya. Insya-Allah. Jangan lupa berdoa & bertawakal pada Allah Yang Maha Pemurah.

~ Tutorial Nuffnang : Bagaimana Bermula Untuk Blogger

Apakah itu Nuffnang?
Secara ringkasnya, Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Pelantar dalam talian kami membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar. Nuffnang.com kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.

Mengapa Nuffnang?
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, Nuffnang serba sedikit dapat memberikan pulangan kepada para blogger. Sambil blogging anda menjana sedikit pendapatan. Fungsinya sama juga dengan Google Adsense, namun Nuffnang tidaklah terlalu sukar untuk didaftarkan. Malah Nuffnang berada di Malaysia, maka urusan kewangan lebih mudah. Cubalah.

Bagaimana ingin bermula?
Mudah sahaja, klik/taip www.nuffnang.com.my. Paparan di bawah akan anda lihat.

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Nuffnang, inilah masanya. Tekan Butang Daftar, seterusnya tekan Sign Up As Blogger. Sila lengkapkan borang yang disediakan oleh pihak Nuffnang. Isikan ruangan yang diwajibkan.

Setelah selesai mengisi borang tersebut, tamatkan proses pendaftaran tersebut. Anda mungkin perlu mengaktifkan akaun anda daripada emel yang telah anda daftarkan. Pastikan anda ingat emel serta password yang berkaitan.


Akaun telah diaktifkan? Ya, anda sudah boleh meneruskan langkah yang seterusnya. Sila login ke akaun anda. Apabila anda login, akan keluar dashboard/control panel.

Tiba masanya untuk mendaftar blog anda, tekan Blog Manager anda sekarang. Masukkan butiran yang dikehendaki. Borang survey akan dipaparkan, sila isi borang tersebut sebaik mungkin.


Setelah mendaftarkan blog anda. Tekan Add Ads.

Berkaitan ads yang disediakan oleh Nuffnang, terdapat 3 jenis saiz. Pertama, HEADER (728x90), keduanya SKYSCRAPPER (160x300) - sisi tepi dan ketiga Large Rectangle (336 x 280) - antara petikan. Untuk memasukkan Header & Skyscrapper ke dalam blog bukanlah suatu yang agak susah berbanding antara petikan. Dalam tutorial ini, kita akan fokus kepada iklan antara petikan.
-----
Seterusnya, (new tab/new window) sila buka dashboard blog anda. Pilih blog yang anda ingin letakkan iklan Nuffnang tersebut. Kenalpasti tempat yang ingin anda letakkan, sekiranya di atas maka di atas, jika tepi tentukan kiri ataupun kanan.

Apabila anda menekan Add Gadjet, pilih HTML/Javascript (seperti di bawah)

Masukkan koding yang diberikan oleh Nuffnang dalam page Add Ads tadi. Anda boleh meletakkan Title jika mahu. Kosongkan jika mahu. Selain itu, jika anda ingin meletakkannya dalam keadaan (align) center, masukkan koding center seperti di bawah:

Tekan Save setelah anda telah selesai memasukkan koding tersebut. Anda boleh View Blog untuk melihat hasilnya. Peringatan, jangan risau sekiranya banner tidak keluar tapi ada logo Nuffnang sahaja yang keluar. Sekiranya begitu, anda berjaya melakukannya. Jangan risau.
-------

Bagaimana untuk memasukkan iklan Nuffnang antara petikan?
Lihat contoh di blog ini. Terdapat iklan di bawah petikan pos. Cuba tekan tajuk untuk melihat pos tersebut sahaja. Hasilnya paparan iklan Nuffnang ada lagi di bawah petikan.

Kembali ke panel blogger anda. Sekarang, tekan Design > Edit HTML . Rujuk paparan di bawah jika anda tidak pasti.

Apa yang anda perlu lakukan dahulu adalah memastikan Expand Widget Templates dalam keadaan tick, seperti di bawah.
Setelah page anda diupdate secara automatik, sila tekan di keyboard anda serentak Ctrl+F. Ini untuk pencarian tempat untuk anda letakkan koding Nuffnang. Telah keluar kotak Find di Mozilla anda? Sekarang taip footer-line-3. Tekan Enter.

Paparan seperti di bawah akan keluar di hadapan anda.

Anda lihat highlight biru yang terdapat dalam gambar di atas. Itu adalah koding untuk large rectangular (ambil dari add ads di Nuffnang tadi). Copy dan Paste seperti kedudukan yang telah ditunjuk di atas. Anda boleh memasukkan koding center jika mahu. Akhir sekali tekan Save Template. Selesai dan View Blog untuk melihat hasilnya.
-------
Begitulah caranya untuk pengiklanan Nuffnang di blog anda secara ringkas. Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada tutorial ini. Insya-Allah akan ada lagi tutorial menyusul berkaitan pelbagai perkara.

Selepas anda membaca artikel ini, silalah kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Facebook kecil di bawah ini. Anda juga boleh cuba menekan iklan-iklan Nuffnang yang terdapat dalam blog ini.

Sekian.