Novel adalah bahan bacaan yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya golongan muda. Golongan ini lebih meminati novel yang bertemakan CINTA. Ada segelintir penulis novel, mendapat ilham daripada pengalaman peribadi dan ada juga yang berfantasi.
Dalam proses menerbitkan sesebuah novel, penulis lebih mengemari untuk menjual hasil karya mereka kepada syarikat penerbitan yang sedia ada. Ini kerana beranggapan lebih mudah di pasarkan. Hanya sedikit bilangan yang ingin bermula daripada sifar. Tidak dinafikan juga ada penulis yang menggunakan khidmat syarikat penerbitan dan juga menerbitkannya sendiri.
Menulis adalah lebih sukar daripada mencetak. Anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah NOVEL. Namun bagi kilang percetakan, ianya untuk pengeluaran 1000 naskah sebagai contoh hanya memerlukan tempoh paling kurang 1 minggu sahaja.
