Showing posts with label patin. Show all posts
Showing posts with label patin. Show all posts

Isu Patin RM 13,000 : Mana Satu yang Betul 50? 350?

Semalam kita digemparkan dengan berita hidangan ikan patin mencecah RM 13,000 di Temerloh. Berita melaporkan 50 pelanggan menikmati hidangan tersebut dan tergamam dengan harga yang dinyatakan. Butiran berita adalah seperti di bawah:

Pelanggan Tergamam Hidangan Patin RM 13,000
Namun selepas beberapa ketika, berita telah melaporkan sesuatu yang lain pula. Ini menyebabkan pembaca menjadi keliru dan tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan terdahulu. Bagaimana kesilapan seumpama ini terjadi? Lihat berita di bawah:

Pelanggan Akui Jamuan Patin RM 13,000 Berpatutan
Anda sebagai pembaca apakah perasaan anda jika maklumat seumpama ini berlaku. Sekejap kata ini sekejap kata itu. Intergriti tercalar. Tambahan pula, Temerloh, bandar yang terkenal dengan ikan patin liar, maruahnya dicabar & serba sedikit boleh menyebabkan pandangan masyarakat berubah kepada suatu yang negatif.

~ Tergamam Hidangan Patin RM 13,000


TEMERLOH, 11 April - Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

-- BERNAMA