Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Temasya Olimpik London 2012

Hanya tinggal 10 hari sebelum temasya terkemuka dunia memulakan acara. Olympic London 2012 kini kembali sekali lagi. Tahun 2012 menyaksikan sukan olimpik akan diadakan di London, sebelum ini pada 2008 berlangsung di China. Di bawah adalah jadual acara yang dipertandingkan:

Rakyat Malaysia pasti akan fokus kepada satu acara yang popular buat masa kini, iaitu sukan Badminton. Dalam acara badminton, sudah tentu Lee Chong Wei akan mendapat perhatian.

~Chong Wei Tidak Perlukan Misbun



2 April: Misbun telah memutuskan untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meletak jawatan secara mengejut pada 31 Disember 2010.

Chong Wei yang berjaya mempertahankan kejuaraan Seluruh England, bulan lalu menyifatkan dia kini ‘mampu menjaga diri sendiri dan memperbaiki kelemahan.’

“Ia terbukti apabila saya mengekalkan kejuaraan dalam tiga kejohanan setakat ini.

Saya tidak boleh mengharapkan kepada satu jurulatih saja kerana perlu menjalankan tanggungjawab yang berat termasuk, berlatih bersungguh-sungguh,” katanya selepas majlis amal ‘Hope & Smile’ di Dewan Tunku Geodesi Dome, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bagi mengumpul sekurang-kurangnya RM1 juta untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.

Pemain nombor satu dunia itu yang dibimbing Tey Seu Bock sepanjang ketiadaan Misbun menegaskan dia tidak kisah sama ada dibimbing oleh mentornya itu atau tidak dalam membuat persiapan memburu kemasyhuran memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2012.