Showing posts with label anugerah juara lagu. Show all posts
Showing posts with label anugerah juara lagu. Show all posts

Hari Minggu: AJL 26 KEPUTUSAN AKHIR

Persembahan Terbaik: KISAH HATI - ALIA
(Persembahan PATUNG)

Vokal Terbaik: AWAN NANO - HAFIZ
(Vokal T-Shirt, Trek & Selipar)

Tempat ke-3: KARMA - FAIZAL TAHIR

Tempat ke-2: BERIBU SESALAN - 3 SUARA
(Nak terjatuh tangga tadi..ishhh)

JUARA!!!: AWAN NANO - HAFIZ
Powerrr Dato' M. Nasir...."terima kasih ini semua, ini nasiblah..saya tak tahu nak cakap apa"
Budi.."kemenangan ini untuk semua yang ada dalam dewan dan luar dewan"....

HABIS SUDAHHH...

Hari Minggu: AJL 26 3 SUARA, DASYAT VOKAL

3 jenis VOKAL, bolehkah mereka mendapat VOKAL TERBAIK AJL? Silau mata tengok baju yang berkilauan. ADUH. Ning leading ke depan baru diikuti yang lain.


Mula menjerit kesemuanya. Lagi sekali lagu Beribu Sesalan bergantung kepada vokal serta mesej dalam lagu. Tapi menurut pendapat isteriku, disebabkan kita selalu dengar mereka menyanyikan note tinggi. Kini terasa macam tak cukup tinggi lagi pula. Kita tengok kesudahannya nanti. FAIZAL: ...secara all out... Pun boleh.

Hari Minggu: AJL 26 TIDAKKK!!! Hafiz

Nampaknya Hafiz baru turun daripada laut. Jimat sikit kos baju. HEHEHE. Sebelum ini tiada lagi artis yang pakai seluar trek sahaja untuk nyanyi atas AJL. NICE.... Jadi sandaran lagu ini bergantung pada lirik serta vokal Hafiz sendiri. Bunyi buzz apa pula masa Hafiz nyanyi tadi? Mesej lagu memang mendalam. Jom dengar.


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Maafkan Hafiz PAK...Menyentuh JIWA.. Hafiz ditemani awan? HEHEHE..

Hari Minggu: AJL 26 Yuna Kali ke-2 PENAKUT


Yuna: Penakut

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Pentas penuh dengan LAMPU.. Banyak sungguh. Boleh menang ke lagu ke-2 YUNA. Kita lihat nanti.

Hari Minggu: AJL 26 Aizat dengan LUKISAN PASIR

Giliran Aizat membuat persembahannya. Lagu Sungai Lui. Dimulakan dengan Aizat menulis ayat atas lukisan pasir pemandangan kampung.




Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Info: Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat . Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu.

Penduduk di sini banyak mengusahakan dusun buah-buahan seperti durian, langsat, rambai dan tampoi. Ada juga yang menanam rambutan dan pisang . Tidak ada pula kelapa sawit . Beberapa keping papan tanda menunjukan mereka ingin menjual tanah . Dato' Yusuf Haslam mendirikan sebuah rumah di sini dengan papan tanda Casa d' Haslam.

Hari Minggu: AJL 26 Alia Menjadi PATUNG...WOW!!

Mula persembahan macam kabur juga tapi persembahan boleh tahan. Alia berpusing seperti Music Box yang biasa jadi hadiah kekasih dan sesiapa saja. Make-up pun menampakkan Alia macam patung. Good performance.


Tapi tidak pula sama seperti itu. Berpusing sahaja.

Layan...

Hari Minggu: Anugerah Juara Lagu (AJL) 26

Setelah berjalan ke sana sini, kini telah sampai rumah dan terus menonton TV3 untuk Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26). Sepanjang perjalanan dengar melalui HotFM. Antara lagu yang didengar melalui radio:


Wanita Seluruh Dunia: Projek Pistol


Gadis Semasa: Yuna


Kalau Berpacaran: Sohaimi Meor Hassan, Ana Rafalli & Altimet


Cinta Muka Buku: Najwa Latif


Baru sahaja lepas persembahan lagu nyanyian Faizal Tahir. Tahun ini kita dapat melihat kebakaran atas pentas. Mujur pentas banyak air..hehehe... Jom layan.

Karma: Faizal Tahir


Kali ini AJL dijuri oleh 30 orang juri diketua oleh Azmeer. Memang tidak boleh dipertikaikan nanti. Teruskan dengan ciptaan Manusia Putih. Siapa dia sebenarnya??