Hujung minggu lalu, kita dapat menyaksikan Liverpool telah ditewaskan oleh West Brom kendalian Roy Hodgson di laman sendiri, Anfield. Selepas 45 tahun, West Brom berjaya menang ke atas Liverpool di Anfield. Dalam perlawanan tersebut Steven Gerrard tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama dan simpanan. Menurut ulasan Daglish, ia adalah langkah berhati-hati terhadap kecederaan yang masih dialami oleh kapten LFC itu.
Gol oleh Peter Odemwingie menyebabkan LFC kehilangan 3 mata penting dalam perlumbaan memperbaiki kedudukan dalam liga. Walaupun, perlawanan dikuasai oleh LFC, namun nasib tidak menyebelahi mereka bukan sahaja dalam perlawanan malah sepanjang musim ini.