Cubaan Menghasilkan Produk Sendiri

Pada awal bulan Julai 2012, saya telah berjaya mendaftar satu laman web belajarkomputer101.com. Satu cubaan untuk menawarkan produk sendiri kepada umum. Sekian lama teringin untuk melaksanakan projek yang seumpama itu.

Jadi apa sebenarnya yang terkandung dalam BelajarKomputer101? Ringkasnya, laman ini menawarkan satu DVD yang mengandungi pembelajaran komputer, teknik dan panduan berkaitan komputer.

Seharian membantu klien-klien menyelesaikan masalah komputer, maka saya tergerak untuk memuatkannya dalam satu DVD. Juga tips untuk menjana duit ada saya kongsikan.

Mungkin ada yang tak mengenali saya. Kini saya sedang mengurus dan melaksana penyelenggaraan sistem untuk Polis, sejak Jun 2011.


Anda boleh melawat www.belajarkomputer101.com untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Jom belajar komputer.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)