Pengalaman & Tips Bonus Earning (BE) Pertama dari Nuffnang



Pertamanya, ingin saya merakamkan rasa syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t. atas nikmat kehidupan yang diberikan. Tambahan lagi, Alhamdulillah dengan izin Allah jua telah membuka hati Nuffnang untuk memberikan bonus earning (BE) yang pertama. Sekalung penghargaan juga saya tujukan pada pihak Nuffnang atas pemberian tersebut.

Sedikit informasi bagaimana saya bermula dengan Nuffnang. Blog ini mula didaftarkan pada 2011-03-26 22:05:16 bersamaan dengan 22 Rabiul Akhir 1432. Dengan pengetahuan yang cetek saya mencuba perkhidmatan yang disediakan oleh Nuffnang. Namun usaha untuk mendapatkan tips-tips untuk mendapatkan BE tidak jemu diusahakan. Pada 11 April 2011, selepas 15 hari bersama Nuffnang apabila saya buka akaun Nuffnang saya telah mendapat BE yang pertama, Alhamdulillah.

Saya difahamkan memang agak sukar untuk mendapatkan BE tersebut. Alhamdulillah saya dipermudahkan. Jadi anda rasa berminat untuk mencuba? Dalam pos ini saya cuba berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan Tips Untuk Mendapatkan BE.

Terdahulu saya ingin mengucapkan terima kasih bagi blog DIARY OF AL-FAQIR ILALLAH kerana telah berkongsi tips berkaitan hal mendapatkan BE Nuffnang. Saya sekadar mengulas tips yang diberikan.

Belum daftar? Lihat: ~ Tutorial Nuffnang : Bagaimana Bermula Untuk Blogger

10 Tips Untuk Mendapatkan Bonus Earning (BE) dari Nuffnang

1. Mengisi Blog Survey & Blogger Bio Dengan Bersungguh-Sungguh
Jika kita ingin memohon kerja biasanya kita dikehendaki mengemukakan resume yang terbaik. Ini sama juga dengan mengemukakan survey yang terbaik untuk diri dan blog anda. Tidak kira anda suka atau tidak, ingin mendapatkan yang terbaik anda perlu berusaha yang terbaik.

2. Memilih Kategori Blog
Tentukan kategori blog anda kerana iklan yang akan terpapar mengikut kategori blog anda. Pengiklan akan memilih jenis-jenis kategori blog sebelum mempamerkan iklan mereka. Tidakkan pula jika blog tersebut khas untuk wanita, iklan lelaki dipaparkan. Sungguh tidak sesuai. Jadi tentukan sekarang.

3. Kandungan Blog Asli dan Kurangkan Plagiat
Pihak Nuffnang juga melihat pada keaslian blog anda. Dinasihatkan agar anda membuat artikel/kandungan sendiri. Boleh dapatkan sumber lain namun sekadar rujukan bukan Copy+Paste semata-mata. Ini penting untuk pemberian CPM.

4. Menekan Iklan Nuffnang Secara Tidak Jujur
Elakkan dari memekan iklan di blog anda dari IP Address yang sama. Biarkan tetamu blog anda yang menekannya. Anda masih boleh tekan sekadar untuk melihat iklan/promosi tersebut tidak menjadi masalah tapi berpada-pada bilangan kliknya. Ini dapat mengelakkan dari di BANNED.

5. Meletakkan Iklan Di Tempat yang Sepatutnya
Pihak Nuffnang telah menetapkan terdapat 3 jenis saiz iklan & penempatannya. Terdapat Leaderboard, Skyscrapper & Large Rectangular. Sebaiknya anda menepati piawaian asas yang telah dinyatakan. Saya telah menyediakan tutorial berkaitan hal ini. Lihat: ~ Tutorial Nuffnang : Bagaimana Bermula Untuk Blogger

6. Wujudkan Kemesraan Dengan Pihak Nuffnang
Anda boleh mengemukakan tiket dalam bentuk pertanyaan/cadangan kepada pihak Nuffnang. Serba sedikit menunjukkan minat dan sokongan anda terhadap Nuffnang.

7. Memantapkan Trafik Pengunjung Blog Anda
Sebaiknya anda mengekalkan trafik pengunjung anda sebanyak 100 unique visitor (UV) sehari. Setidaknya 20 UV untuk sehari jika sukar mencapai angka 100 dan ke atas. Aktifkan diri di komuniti-komuniti yang ramai pengunjung atau melawat blog-blog lain untuk mempromosikan blog anda.

8. Status Glitterati
Pastikan anda berstatus Glitterati. Ini menunjukkan anda penyokong setia Nuffnang dalam blog, iaitu dengan tidak memaparkan iklan dari pesaing Nuffnang. Setialah pada yang satu.

9. Permudahkan & Ringankan Blog Anda
Elakkan dari meletakkan terlalu banyak gadjet dan grafik besar. Ini boleh membuatkan blog anda lambat memaparkan isinya. Pengunjung akan merasa tertunggu-tunggu dan barangkali menyebabkan mereka bosan.

10. Kemaskini & Buat Pos Baru di Blog
Sebaiknya anda mengemaskini laman blog anda setiap hari dengan kandungan yang menarik. Ini memerlukan komitmen. Untuk berjaya, komitmen amatlah penting. Nasib seseorang tidak akan berubah sekiranya diri seseorang itu sendiri tidak mahu berubah.
~
Begitulah sedikit perkongsian yang ingin saya berikan. Moga anda mendapat jalan bagaimana untuk melaksanakannya. Saya tidak berjanji atau menjamin berkaitan pasti mendapat BE namun sebaiknya ini suatu usaha untuk mencapainya. Insya-Allah. Jangan lupa berdoa & bertawakal pada Allah Yang Maha Pemurah.

3 comments:

  1. Alhamdulillah..terima kasih sudah dipublikasi dan letakkan link ke blog jamal..really appreciate that..

    ReplyDelete
  2. Wahh! bestnyer.. ak bru je dpt RM3.80 15hari...hahhaa.. xpt BE lg. =( btw, nice content ! =)

    ReplyDelete
  3. Nice tutorial...saya newbie lagi dan memang tengah mencari-cari idea untuk dapat BE. Thanx y!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan..:)