Covid-19 Melanda, Malaysia PKP

Assalamualaikum semua,

Mana yang terjumpa blog ni, selamat datang gaiss. seriuslah, dah hampir 7 tahun tak pos kat blogspot. Almaklumlah, zaman blog ni samar-samar je dek popularnya Facebook. Penangan dunia IT. Apa pun, aku doakan semua sihat sejahtera.

Dah la lama tak pos, sekarang ni kita tengah menghadapi COVID-19. Baru je siang tadi, PM kita umum sambung PKPB sampai 9 Jun 2020. Kira-kira 3 bulan untuk mencegah wabak ni.

Serius dah lama tak update blog, anak dah 3 orang gaiss..HAHA

Sakan lah diorang tak pergi sekolah, duduk rumah gitu. Buat kerja sekolah kat rumah. Itupun ikut mood rajin, buat. Malas nanti dululah. Mengikut perangai bapak dia lak. aduhai..

Ya, gaiss. lupa, Salam Ramadhan. HAHA. dah separuh bulan puasa kot. kehkeh.

Anak aku yang sulong, masih puasa penuh, tak miss lagi. Alhamdulillah..

OK, cukup dengan intro ntah apa-apa. HAHAHA. lama tak tulis blog gaiss. jangan menyampah lak..

PERKONGSIAN HARI NI: MENCARI ILMU & INFO TAMBAHAN UNTUK BISNES


Sejak awal mula PKP ni, ikutkan banyak je benda aku buat. tapi untuk hari ni, aku nak share info yang mungkin berguna terutama untuk yang jalankan bisnes atau yang nak mula bisnes.

1. Follow facebook IRFAN KHAIRI


Aku bukanlah anak murid IK, tapi waktu zaman mula-mula kena internet ni, beliau lah orang yang mula-mula aku kenal yang manfaatkan teknologi internet ni. Bila aku kenal internet gaiss?? Hmm, rasanya tahun 2000 macam tu.

Okay berbalik pada IK, beliau ada share tips yang boleh membantu untuk menghadapi Covid-19 ni. Ya, gaiss. Pasti ramai yang terkesan dengan wabak ni. Aku pun tak terkecuali. Dah biasa buat baju Family Day, sekali gathering tak dibenarkan. garu kepala gaiss.

Sekarang dah masuk fasa PKPB (bersyarat), ada yang mula bekerja dan buka kedai. tapi tips yang beliau kongsikan memang berguna. Nak masuk kelas intensif dia silakanlah, tapi cuba dulu praktikkan tips asas yang beliau kongsikan.

Ni aku bagi link facebook dia: https://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Beliau juga ada buat webinar, korang tak tahu webinar tu apa? TEKAN NI NAK TAHU MAKSUD WEBINAR. hehe

Korang boleh cuba daftar dalam webinar IK, ada saja yang PERCUMA. https://www.openedu.com.my/

2. Korek Tips Marketing FB daripada Najib Assadok

Bagi siap link untuk korang, http://najibasaddok.com/

Sekali lagi nak remark sini, aku bukan juga anak murid beliau, tapi sekadar membaca dan menonton video PERCUMA yang beliau sediakan.

Boleh kita recap, dulu zaman blog, sekarang zaman Facebook kan. Eloklah kita tambah ilmu dan tips untuk gunakan FB lebih efektif. Lebih elok dengan kadar belanja yang rendah, kalau boleh buat dengan PERCUMA lagi baik. Jimat..Jimat..

Paling asas aku dapat daripada salah satu video PERCUMA yang diemelkan.. Gaiss.. bukan satu je tau video FREE dia bagi. Banyak gaiss...

Paling ASAS tadi ya, dekat page korang tu. korang pernah perasan tak setting audience FB Page? tak pernah setkan? cari2, baik search. set MALAYSIA. hehehe.

Apahal mamat kat Kutub Utara/ Selatan nak tengok FB korang kan? better fokus yang kat Malaysia ni je.

Banyak lagi tips, korang korek daripada NA.

3. Explore Ilmu dalam YOUTUBE 

Ya gaiss, YOUTUBE. usahlah takat dengar lagu ke video viral ke apa. tak reti buat design? hah, tapi how to use photoshop ke, how to edit design ke.

Nak belajar bertukang? how to build a house? HAHA. jangan sampai level tu gaiss. simple2 je cukuplah.

My point here, mungkin korang susah nak faham kalau takat membaca artikel, why not, gunakan YOUTUBE. macam-macam gaiss, ada DEMO, ada HOW TO. taip je kat ruang carian tu.

Apa yang aku belajar waktu awal PKP aritu? Korang pernah kenal software namanya BLENDER? bukan blender kat dapur tu ya.

ini software freeware (PERCUMA) untuk buat 3D termasuk animasi 3D tu. aku bukanlah nak jadi animator, buat kartun macam Upin Ipin ke Boboiboy ke, saja buat intro untuk KilangCetak aku tu. Nak tengok hasilnya? simple je.


Ni salah satu hasilnya. tengok kat YOUTUBE je gaiss. aku bukannya budak multimedia pun. takat simple2 bolehlah. ada lagi yang lain, korang koreklah kat Channel Youtube KilangCetak tu.

Okay gaiss.

Cukup perkongsian aku untuk hari ni. Moralnya, ada masa sepanjang PKP ni, boleh cuba explore benda baru. mana lah tahu boleh memberi manfaat kepada korang. terutamanya yang jalankan bisnes, bertabahlah, mungkin ini masa untuk kita sama-sama bermuhasabah dan perbaiki bisnes kita.

Orait, silakan komen di bawah kalau ada, harap jangan kecamlah, be positif gaiss. Nak share kat kawan2 no problem, silakan, 'i'm very thankful for that'. Jumpa lagi dipos akan datang. harap tak sampai bertahun2lah aku nak pos kat sini.

SEKIAN.

Nukilah Masa Lapang dari Pengasas KilangCetak.com

Visit Our Website & Share

Lama tak buat pos di sini. Sibuk sikit dengan bisnes sekarang. So banyak dengan www.kilangcetak.com dan facebook.

Apa itu KilangCetak.com?

KilangCetak.com menawarkan perkhidmatan mencetak t-shirt (silkscreen printing) untuk anda. Selain itu, percetakan lain seperti buku, majalah, buletin, novel dan sebagainya turut disediakan. Siapa KilangCetak.com? Dimiliki oleh Az Creative Management berdaftar SSM (SA0080439-X) sejak Mac 2008. Juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Ingin mencetak baju? Anda boleh memilih jenis material baju yang terdapat di pasaran dengan merujuk katalog yang kami sediakan. Pilih material, berikan butiran cetakan anda, kuantiti dan kami akan berikan harga yang terbaik.

Boleh tengok katalog yang dipaparkan.

Bagi pengunjung blog ini, cuba lawat website ini. Lawat ya...

Dah lawat, tinggalkan jejak anda di sini.

Thanks.

p/s: Ramai yang telefon berkenaan Sewaan PA System. Untuk makluman, servis PA System tidak lagi beroperasi. Kami komited dengan KilangCetak.com sekarang. Harap maaf & maklum.

Baju PRU13 Limited Edition!!! RM30***



Baju PRU13 Limited Editionnnn!!! RM30
Tarikh tutup tempahan sehingga 15 Mac 2013.
Maybank: 162263360663 (Md Khakiki)
CIMB: 01025022790522 (Md Khakiki)
Setelah buat pembayaran, sila hantar butiran berikut:
<NAMA><ALAMAT POS>
CIMB/MYBK<TARIKH BANK IN><MASA BANK IN>
<WARNA BAJU><SAIZ>
<NO. TELEFON>
ke 012 659 6001 atau kilangcetak@gmail.com
Penghantaran akan dibuat bermula 20 Mac 2013, 2-3 hari…

Sale: Microfiber T-Shirt Nice Layout

Tidak perlu bayar mahal untuk membeli t-shirt..

Di pasaraya terkemuka T, t-shirt seperti ini boleh dijual pada harga RM30 ke atas..

KilangCetak.com jual, paling tidak RM 25.00 termasuk penghantaran pos laju. jom tempah..;)

   

CARA TEMPAHAN:
1. Email kami nama, alamat, kod/warna, kuantiti, saiz, no.telefon ke kilangcetak@gmail.com

2. Terima emel pengesahan dari kami & maklumat pembayaran.

3. Anda buat pembayaran, emelkan resit bank ke kilangcetak@gmail.com

4. Kami akan maklum no TRACKING POSLAJU & hantar t-shirt anda. 1-3 hari bekerja.

5. Setelah terima boleh hantar testimoni ke kilangcetak@gmail.com

Sebarang kemusykilan, boleh hubungi Md.Khakiki (012 659 6001).

SALE: Roundneck Short Sleeve MICROFIBER !!!!!!

SALE: Roundneck Short Sleeve MICROFIBER !!!!!! 

Only RM 10.00 each.

Info Ringkas - Anda tempah dengan kami dan t-shirt anda akan dipos terus ke rumah anda. (POSmemangLAJU).
Caj penghantaran hanya RM 5.00 sehelai.
Tempahan lebih 10 helai, penghantaran percuma.
*Sementara stok masih ada.

CARA TEMPAHAN: 
1. Email kami nama, alamat, kod/warna, no.telefon ke kilangcetak@gmail.com 

2. Terima emel pengesahan dari kami & maklumat pembayaran. 

3. Anda buat pembayaran, emelkan resit bank ke kilangcetak@gmail.com 

4. Kami akan maklum & hantar t-shirt anda. 2-3 hari bekerja.

TEMPAHLAH SEKARANG!!!!

Apa rancangan akan datang, 2013?

Pantas masa berlalu, tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya. Pasti pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi. Apakah yang telah anda capai tahun ini? Tercapaikah apa yang dirancang?

Dalam tahun ini, rahmat paling utama yang kami terima adalah puteri pertama kami. Tiada apa yang lebih bermakna daripada itu. Alhamdulillah.

Biarpun rintangan kunjung tiba menduga kami, syukur pada-Nya, Dia yang Maha Mengetahui apa jua yang telah ditetapkan kepada hamba-Nya.

Pada asalnya, saya merancang untuk memiliki sebuah rumah sendiri dalam tahun ini, namun tidak kesampaian. Tidak mengapa.

'Apa perancangan untuk tahun 2013?', akan ditanya oleh kenalan anda dalam beberapa ketika nanti.

Page Emas & Perak di FB

Hari ini saya mengambil langkah proaktif untuk membuka satu page di FB dengan tajuk Emas Perak.

Melalui page tersebut, saya akan sedaya upaya untuk update senarai harga emas & perak yang ditawarkan daripada Public Gold. Ini memandangkan saya bermula dengan PG. :)

Mungkin ada yang tak faham jika sekadar melihat graf, jadi inisiatif yang ada adalah dengan merujuk harga jual & beli semasa.

Untuk mula meng'like', tekan link di bawah:
https://www.facebook.com/pages/The-Emas-Project/113781508781042

Mula Menyimpan Aset Untuk Masa Depan

Salam aidiladha buat semua,

Setelah memerhati, mendengar dan memahami kepentingan menyimpan aset, Alhamdulillah saya telah bertindak untuk menyimpan aset dengan permulaan yang amat kecil. Lebih baik bermula walaupun dengan kuantiti yang kecil daripada tidak ada langsung.

Jadi apa aset yang saya maksudkan?

Aset yang saya maksudkan adalah EMAS dan PERAK.

Kenapa dua benda itu wajar dijadikan aset?

Pusat Sumber Artwork Berguna | SELLING NOW .ai Waktu Solat WP 2013

Artwork berguna dalam file PDF atau AI (illustrator).
Boleh digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk buat poster, wallpaper sendiri atau untuk klien anda.

JIMAT MASA... 

Berminat untuk dapatkannya?